TRWC

"Sistem pembesar suara ganggu perlawanan" Pegawai media TRW

Penggunaan sistem pembesar suara oleh pasukan Johor DT dan Kumpulan BOS (Ultras JDT) dikatakan telah membingitkan lagi suasana perlawanan sehinggakan ada ketika wisel pengadil gagal didengari. Gema bising yang terhasil hampir menyamai bising yang terhasil daripada tiupan vuvuzela ketika perlawanan final Kelantan melawan Terengganu di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Insiden seperti tidak pernah berlaku dalam liga eropah meskipun dalam Liga German digunakan untuk sekadar menaikkan semangat pemain ketika perlawanan berehat tetapi tidak digunakan ketika perlawanan berlangsung. Situasi ini harus dibendung segera oleh FAM sebelum pasukan lain mengambil langkah yang sama untuk perlawanan mereka nanti.

Pihak KAFA diminta mengadu perkara ini kepada FAM dengan kadar segera. Pegawai media TRW Mohd Zuki yang berada di padang sepanjang perlawanan turut terkilan dengan bunyi bising ini.

Haramkan Penggunaan Sistem Pembesar Suara untuk sorakan penyokong di dalam stadium.........

Rate this item
(7 votes)
"Pengadil ramai pun buta" Penyokong TRW

Inilah antara kata-kata yang terpaksa diucapkan untuk perlawanan pertama Johor DT menentang Kelantan di Stadium Larkin yang berlangsung malam tadi.

Perlawanan ini berkesudahan Johor DT menang 1-0 hasil jaringan Safiq Rahim dan Kelantan terpaksa menerima kekalahan akibat kecuaian pengadil menilai situasi yang sepatutnya Kelantan diberikan sepakan penalti.

Kesemua pemain Kelantan beraksi dengan baik di separuh masa pertama dan kedua namun nasib tidak menyebelahi mereka. Kelantan dilihat hanya gagal membentuk pemain tengah yang mantap. Walauapapun keputusan kalah ini diharap mampu membangkit semangat seluruh pemain dan penyokong Kelantan untuk terus memberikan semangat dan sokongan padu kepada pasukan dalam menghadapi semua baki perlawanan.

Terus bangkit dan setia menyokong pasukan kesayangan anda. GOMO KELATE GOMO....................Pasuke kito perluke demo tuuu...

Rate this item
(5 votes)
Selamatkah sang kijang dalam kandang harimau selatan esok?

Mampukah Kelantan menebus rekod kekalahan menentang JDT di tempat lawan? Ini antara persoalan yang bermain di kepala seluruh penyokong Kelantan, namun ada juga segelintir penyokong TRW yakin, pasukan kesayangannya akan memecah rekod Larkin malam esok.

Perlawanan esok dilihat sukar dihadiri oleh penyokong TRW berdasarkan faktor perlawanan berlangsung pada hari berkerja, situasi kewangan yang tidak mengizinkan dan faktor-faktor lain.

Harapan kemeriahan sokongan pasukan Kelantan akan di letakkan sepenuhnya kepada seluruh penyokong yang berada di sekitar Johor Bharu, Melaka, Negeri Sembilan dan Lembah Klang.

Ribuan sorakan penyokong JDT diharap bukanlah penghalang kepada pasukan dan penyokong TRW untuk berusaha habis-habisan memastikan Kelantan berjaya mengutip 3 mata penuh atau sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

Menurut ramalan peminat bolasepak Malaysia, diatas kertas pasukan JDT adalah pasukan pilihan sebagai juara kumpulan C, manakala Kelantan antara pasukan pilihan naib juara kumpulan dan mungkin dicabar sengit ATM serta Pulau Pinang.

Meskipun ianya sekadar ramalan, ianya tidak mustahil akan menjadi kenyataan jika sokongan dan semangat penyokong dan pemain TRW bergabung akan mencipta sebuah kejayaan diluar jangkaan semua.

Maghi pakat ggomo stadium Larkin....Jange cepat ngaloh puok kito...GOMO KELATE GOMO

Rate this item
(0 votes)
TSAM & TRW pasrah hadapi Piala Malaysia

Menjelang sepak mula Piala Malaysia rabu ini, skuad The Red Warriors akur dengan persiapan pemain yang masih kurang memuaskan, tanpa kehadiran Shawky, Brandan Gan dan beberapa pemain yang terpaksa direhatkan.

Harapan besar diletakkan kepada keajaiban ketua jurulatih George Boateng dan anak buahnya berdepan juara Liga Super Johor DT di Larkin rabu nanti. Sepanjang tempoh pra Piala Malaysia, Kelantan hanya mengadakan dua perlawanan persahabatan berprestij dengan berkesudahan menang menentang Terengganu dan tewas mengejut 4-1 kepada Kedah.

Sambutan penyokong The Red Warriors menghadapi Piala Malaysia juga masih ternanti-nanti kejutan daripada persembahan pasukan The Red Warriors, prestasi yang tidak menentu sedikit sebanyak membuatkan mereka seolah-olah berhati-hati atau memilih perlawanan dalam memberi sokongan.

Jika Kelantan tidak keciciran mata di Larkin nanti tidak mustahil aura bola sepak Kelantan akan kembali meriah. Sejujurnya tanpa berselindung memang ada penyokong yang setia dengan apa-apa saja keputusan TRW, namun sikap tunggu dan lihat prestasi masih menebal dalam setiap penyokong pasukan dalam Liga Malaysia.

Kepada pengurusan TRW fokuslah perlawanan Piala Malaysia terlebih dahulu daripada menjadikan Piala Malaysia tempat ujian kepada pemain import baru 2015 atau jika terkeluar awal mungkin persiapan 2015 boleh dijadikan alasan sebab tewas awal. Ko Guano? Ayuh kembalikan kemeriahan bola sepak Kelantan. GOMO KELATE GOMO.......

Tan Sri Annuar Musa
Piala Msia bermula rabu ini..Dgn apa yg ada agak berat bagi Trw..apa pun kita nak tengok apa sentuhan Boeteng dan para pemain..PRESTASI SETIAP DARI MEREKA AKAN MENENTUKAN DI MANA DAN KEMANA MEREKA 2015...berdasarkan tinjauan dan rundingan awal SAYA MENJANGKAKAN 2015 sangat menarik...TRW BAKAL BERTULANG BELAKANG DGN PEMAIN YG DI PILIH BERDASARKAN PRESTASI SEMASA 2014 dari LIGA AUSTRALIA,ASIA DAN LATIN AMERICA...line up juga bakal di bentuk awal SEBAIK SAJA MSIA CUP TAMAT..PRESEASON MUNKIN BERMULA SEAWAL OKTOBER LAGI...
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram