TRWC

Published in TRWC

Presiden KAFA 2018-2021 milik siapa?

Sep 14, 2017 Hit: 1037 Written by 
Presiden KAFA 2018-2021 milik siapa?

Pertembungan hebat 5 calon presiden KAFA ini belum mampu menyakinkan seluruh penyokong Kelantan untuk kembali memeriahkan bola sepak Kelantan, namun ini adalah antara tugas besar bakal menanti bagi siapa yang bakal terpilih ialah harus memastikan penyokong Kelantan kembali bersama KAFA dan bola sepak Kelantan.

Masalah demi masalah yang muncul sepanjang tempoh 5 tahun ini, banyak memusnahkan persepsi dan tahap sokongan kepada bola sepak Kelantan. Kemerosotan prestasi pasukan, penjualan tiket dan jersi sudah cukup menggambarkan pasukan ini perlu kepada seorang presiden yang bukan sahaja mampu menarik penajaan semata-mata tetapi seorang yang mampu membina kembali organisasi pasukan yang berkerja secara bersama kumpulan dan mempunyai target kewangan jangka panjang yang jelas.

KAFA perlu diuruskan secara bisnes mengikut modul industri bola sepak yang sudah terbukti berjaya, jika dilihat kepada sambutan penyokong Kelantan pada 2010-2012, terbukti penyokong Kelantan bersedia membantu dan bersama pasukan dalam mencipta kejayaan. Antara buktinya pada setiap kali perlawanan 2010-2012, kehadiran penyokong sentiasa konsisten dan pakej tiket final sentiasa laris penjualannya meskipun pelbagai pakej istimewa dan mahal ditawarkan.

Penjualan jersi pada musim 2010-2012 juga menggalakkan biarpun terpaksa akur dengan jersi tiruan cetak rompak. Jika dilihat sekarang, rekaan jersi TRW cetak rompak pun tidak laku penjualannya. Situasi ini sangat jelas, penyokong sudah mula luntur sokongan mereka sejak pelbagai masalah yang sepatutnya mereka tidak perlu ambil tahu timbul setiap musim. Berikut perkara yang perlu diambil perhatian oleh pengurusan baru KAFA 2018-2021

  • KAFA harus kelihatan sebagai sebuah organisasi bola sepak yang profesional, bukan lagi sebuah organisasi yang nampak diurus oleh seorang individu melalui media sosial sahaja. Setiap kenyataan dan info harus dikeluarkan melalui paparan surat rasmi KAFA, dengan ini tidak timbul wartawan hanya menceduk maklumat di FB Presiden sebagai berita info rasmi pasukan.
  • Pengurusan media pasukan penting bagi menyampaikan info pasukan dan sebagai proses penjenamaan yang mantap serta bertanggungjawab. KAFA harus dilihat sebagai sebuah organisasi profesional, bukan lagi sebagai sebuah organisasi "asal boleh je".
  • Pengurusan kewangan dan gaji pemain juga perlu mengikut pencapaian yang ditetapkan oleh badan induk FAM dan AFF, bukan hanya sekadar melepaskan tanggungjawab sahaja dan akhirnya sering berlaku kelewatan gaji dan tunggakkan.
  • Pemilihan pemain juga perlu dinilai mengikut kemampuan kantung kewangan KAFA, tidak sepatutnya berlaku KAFA terpaksa menjaga pemain cedera dengan gaji yang besar dalam tempoh yang lama, apatah jika sebelum kontrak ditandatangani pemain ini sudah berada dalam kecederaan serius. Untuk pembinaan kembali pasukan, gaji-gaji pemain perlu diselaraskan mengikut kemampuan KAFA bukan mengikut pasaran semasa. Pemain-pemain muda anak Kelantan perlu lebih ramai diketengahkan bersama pasukan utama.
  • Pemain-pemain import harus dipilih oleh barisan kejurulatihan dan panel penilai yang betul. Pengalaman membawa masuk ramai pemain import yang tidak berkualiti sejak 5 tahun lalu harus dijadikan pengajaran dan tidak diulangi lagi oleh presiden baru.
  • Kembalikan program-program bermanfaat pasukan bersama penyokong seperti mengadakan acara menarik sepanjang musim Liga berjalan sama ada di stadium atau luar stadium, Road Tour bersama penyokong di kampung, bandar dan seluruh Malaysia. Untuk makluman, Kelantan adalah antara pasukan mampu mengadakan program di luar Kelantan paling berjaya dengan kehadiran ramai penyokong setia mereka. Siri jelajah amat penting dalam proses pemasaran dan penjenamaan pasukan dan penaja.
  • Kemaskini info dan berita pasukan perlu lebih pantas dan tersusun melalui media sosial dan laman web rasmi pasukan.
  • Kembalikan kerancakan penjualan barangan KAFA
  • Menyediakan Kontrak pemain yang lebih berorientasi perniagaan seperti mana liga-liga utama dunia
  • Pengurusan Sistem keahlian kelab penyokong yang konsisten dan aktif. Malah pasukan juga boleh memperkemaskan lagi hubungan dengan kelab-kelab TRW yang sedia ada dalam merangka sistem yang lebih mantap dan menguntungkan.
  • Pakej penajaan yang lebih mantap dengan memberi peluang kepada semua untuk menjadi penaja dengan kemampuan dan pakej tajaan mampu milik mereka.
  • Kembalikan kegarangan dan kegerunan stadium rasmi Kelantan

Latar Belakang calon Presiden pilihan Penyokong:

datonasir

Datuk Haji Muhammad Nasir Hamzah - Seorang ahli korporat yang telah berjaya dalam bidang media massa dan perniagaan di Malaysia. Beliau sangat rapat dengan kelab-kelab penyokong Kelantan  dan calon "mudoh baso" sering menganjur dan menyertai program-program bersama anak-anak Kelantan samada program berkaitan bola sepak Kelantan mahupun program bercirikan Kelantan. Beliau juga satu-satunya tokoh Kelantan di Malaysia yang sentiasa berkecimpung aktif dalam penganjuran program Kelantan dan turut membenarkan kawasan premis beliau dijadikan pusat penganjuran program-program Kelantan sepert:

  • Kerap mengadakan tayangan skrin layar besar bola sepak bersama penyokong Kelantan
  • Program kebudayaan Kelantan seperti dikir barat dan sebagainya
  • Program keagamaan bersama kerajaan negeri dan pusat
  • Program kemasyarakatan Kelantan bersama semua agensi kerajaan negeri dan pusat
  • dan pelbagai lagi program yang melibatkan anak-anak Kelantan yang aktif dalam kelab penyokong Kelantan.

Jawatan beliau sebelum ini sebagai Naib Presiden dan bendahari KAFA amat sukar bagi beliau mencampuri sepenuhnya segala urusan rasmi Kelantan. Beliau amat disenangi oleh seluruh pimpinan kerajaan negeri, pusat dan semua parti politik.


bibiramjani

Bibi Ramjani Ilias Khan - Usahawan terkenal di Kelantan. Pengurus Desa Murni Batik Kota Bharu dan selaku penaja utama Kelantan sejak 2010. Beliau sangat meminati dan mengikuti perkembangan bola sepak Kelantan sehingga terdetik dihati beliau untuk menjadi penyelemat kepada pasukan kebanggaan beliau pada satu ketika dulu. Pasukan Kelantan beruntung kerana masih menarik perhatian usahawan tersohor ini. Beliau merupakan calon kegemaran penyokong Kelantan setakat ini. Manifesto yang dilancarkan juga sangat menarik dan menggambarkan kepekaan beliau kepada perkembangan bola sepak Kelantan.


Walau sesiapa sahaja pilihan ahli-ahli bersekutu KAFA, mereka harus mementingkan pemilihan presiden yang mampu mencari jalan penyelesaian kepada masalah bola sepak Kelantan, bukan calon kepada berdasarkan politik atau populariti calon sahaja. Cukuplah masalah 5 tahun lalu Kelantan terpalit dengan pelbagai isu-isu kronik dipadamkan.

Sebagai penyokong Kelantan, kita hanya mahu melihat Kelantan kembali gah dipadang dan di luar padang malah kembali menjadi sanjungan seluruh peminat bola sepak Kelantan di Malaysia dan luar negara. Gandingan Datuk Muhd Nasir dan Bibi Ramjani dilihat mampu mencipta kembali kegemilangan bola sepak Kelantan malah mungkin diurus lebih bersistematik dan profesional.

 SELAMAT BERTANDING. BERSATU DEMI KELATE. GOMO KELATE GOMO

Last modified on %AM, %14 %241 %2017 %04:%Sep
Read 1037 times
Rate this item
(1 Vote)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram