TRWC

Published in TRWC

Kelantan catat kutipan ketiga tertinggi Liga Super 2017

Nov 13, 2017 Hit: 235 Written by 
Kelantan catat kutipan ketiga tertinggi Liga Super 2017

Berdasarkan statistik kutipan tiket Liga Super 2017 yang dikeluarkan STUBAPP aplikasi penjualan tiket online Liga Malaysia, Kelantan berjaya mengutip RM1.47 juta dalam saingan Liga Super sahaja dibawah pencapaian kutipan tiket pasukan JDT (RM2.63 juta) dan Kedah (RM2.46 juta).

IMG 1wvtef

Jumlah kutipan tiket pasukan Kelantan masih boleh dibanggakan meskipun pasukan sentiasa dikaitkan dengan isu-isu negatif dan kemerosotan prestasi pemain.

Bagi kutipan tiket bagi keseluruhan pertandingan Liga Super, Liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia, pasukan Kelantan menduduki tempat keenam dengan kutipan tiket sebanyak RM1.6 juta menyamai kutipan tiket pasukan Selangor. Kedah menjadi pasukan paling banyak kutipan tiket dengan jumlah kutipan keseluruhan RM5.1 juta.

Kelantan perlu mengembalikan kegemilangan dan kemeriahan bolasepak Kelantan bagi menjamin jumlah kutipan tiket Kelantan 2018 kembali meningkat dan dapat membantu sumber kewangan KAFA. Pelbagai program menghargai kelab-kelab penyokong harus dilakukan bagi memastikan kelab-kelab penyokong kembali aktif menyemarakkan sokongan seluruh peminat bolasepak Kelantan.

Jika dilihat jumlah kutipan keseluruhan 2017 berlaku penurunan berbanding 2016, FAM dan FMLLP perlu melakukkan tindakan drastik mengkaji kemerosotan penjualan tiket ini dan melaksanakan inisiatif yang mampu menarik peminat bolasepak Malaysia ke stadium. Sikap FMLLP dan pasukan "A" yang menjadikan pasukan "A" sebuah pasukan dominan dengan pembelian pemain yang dirancang untuk melemahkan kemampuan pasukan juga harus dikawal jika mahu melihat Liga Malaysia meningkat dari segi kemeriahannya.

Liga Malaysia belum lagi layak untuk dijadikan tempat kuasa duit sesebuah pasukan menentukan kemeriahan liga secara keseluruhannya, tidak harianlah jika dilihat kemerosotan penjualan tiket 2017 dan kemerosotan prestasi semasa pasukan Harimau Malaya semuanya berpunca kepada pemain-pemain yang ghairah memilih pasukan mewah untuk "berehat".

tmp 18083 23435267 1853130531666115 7220632041275919100 n1765539584

 tmp 18083 23434708 1853130578332777 5424173623516005242 n1884188059

Last modified on %AM, %14 %294 %2017 %06:%Nov
Read 235 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram