Super User

Super User

%PM, %03 %760 %2014 %17:%May

Impak dua import baharu

KEHADIRAN dua pemain baharu, Prince Tagoe dan Hussein Alaa Hussein Salman bagi memperkuatkan The Red Warriors kini menjadi persoalan, mampukah mereka memberi impak kepada pasukan berkenaan mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini.

%AM, %03 %217 %2014 %04:%May

Tugas Hussein sekat Indra

Pertembungan baru antara Hussein yang digelar jeneral atas padang oleh Boateng dengan Indra Putra selaku jeneral utama Felda United selasa ini bagai pertembungan dua jeneral perang berpengalaman di medan perang.

Mampukah Hussein Alaa menyekat ketangkasan Indra Putra dan rakan sepasukan menggempur kubu Kelantan amat dinanti-nantikan, diharap mampu mengubat kekecewaan ramai penyokong Kelantan di atas kehilangan Obinna yang sudah 2 tahun memegang tugas berat mempertahankan benteng Kelantan ini.

Indra Putra dilihat tetap berbisa memburu gol untuk Felda United sehingga berjaya membantu Felda United berada di kedudukan tangga kedua saingan Liga Perdana. Perlawanan separuh akhir pertama selasa ini adalah misi penting Kelantan jika masih mengimpikan final. Kemenangan dan kelebihan gol akan menyemarakkan kembali semangat seluruh penyokong Kelantan yang dalam tempoh bertenang tunggu dan lihat perkembangan semasa pemain baru Kelantan.

Meskipun perlawanan separuh akhir pertama belum lagi bermula, sudah ada peminat setia Kelantan mula menempah tiket dan melakukan persiapan rapi untuk perlawanan separuh akhir kedua 31 mei di Stadium Selayang nanti, dengan harapan Kelantan akan mara lagi ke final pada tahun ini.

Kebangkitan Kelantan amat diharapkan oleh seluruh penyokong Kelantan setelah liga berehat panjang dan tiada lagi jadual perlawanan yang mengganggu persiapan Kelantan.

Ayuh seluruh penyokong Kelantan, kita bangkit memberi sokongan padu kepada pasukan kita. Gomo Kelate Gomo

 

 

%AM, %03 %202 %2014 %03:%May

'Lupakan perbezaan dua darjat'

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

JANGAN hanya terhenti di peringkat separuh akhir.

Itu tekad pengendali Felda United, Irfan Bakti Abu Salim menjelang pertemuan menentang juara bertahan, Kelantan dalam aksi separuh akhir pertama Piala FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Selasa ini.

Menyedari tugas getir menanti anak-anak buahnya dalam usaha mengekang hasrat The Reds Warriors menjuarai Piala FA kali ketiga berturut-turut, Irfan enggan menjadikan 'perbezaan dua darjat' yang dimiliki lawan menghantui persembahan The Settlers.

Justeru, Irfan menuntut anak-anak buahnya terus fokus memburu bekalan selesa menjelang aksi kedua di laman sendiri pada 31 Mei depan.

"Kita sudah mara sejauh ini, sudah tentu kami mengidam pentas final. Saya percaya barisan pemain saya memiliki moral yang cukup tinggi menjelang aksi berdepan Kelantan.

"Dalam bola sepak, tiada perbezaan sama ada pasukan itu beraksi di Liga Super ataupun sebaliknya.

"Jadi, saya harap pemain tidak terlalu memikirkan reputasi Kelantan dan berusaha melakar keputusan yang baik dalam perlawanan itu," katanya kepada Kosmo! semalam.

Irfan juga mahu anak-anak buahnya memberikan aksi terbaik dalam perlawanan itu biarpun memiliki misi utama untuk kembali layak ke saingan Liga Super musim depan.

"Kami harus kekal fokus berdepan Kelantan terlebih dahulu, jadi lupakan seketika baki saingan Liga Premier," kata Irfan.

Dalam pada itu, Irfan memberikan amaran kepada bekas pemain Selangor, Raimi Mohd. Noor yang kini bersama The Settlers mengharungi baki saingan Liga Premier musim ini.

"Tiada slot automatik buat mana-mana pemain bagi merebut tempat dalam kesebelasan utama.

"Jadi, saya percaya Raimi akan memberikan yang terbaik dan bersaing secara sihat bersama pemain-pemain lain," katanya.

Selepas berdepan Kelantan, Felda United yang kini menghuni tangga kedua Liga Premier bakal melayan kunjungan Negeri Sembilan, Jumaat depan.

%AM, %03 %194 %2014 %03:%May

Boateng bawa falsafah sendiri

BERBEZA dengan Steve Darby, Ketua Jurulatih baharu The Red Warriors, George Boateng ternyata mempunyai cara tersendiri dalam mengemudi pasukannya bagi menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Page 132 of 150

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram