Media Tempatan

Published in Media Tempatan

Zahasmi gembira TRW tetap menyengat

May 07, 2017 Hit: 489 Written by 
Zahasmi gembira TRW tetap menyengat

KUANTAN: Pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail memuji komitmen barisan The Red Warriors (TRW) selepas terus mengekalkan rekod cemerlang tanpa kalah di tempat lawan dengan menumpaskan Pahang 3-2 di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Menurutnya, kemenangan yang turut meleburkan rekod bersih Pahang di laman sendiri itu membuktikan isu pemotongan enam mata tidak menjejaskan persembahan anak buahnya yang tampil memperagakan aksi kemas.

"Saya gembira kerana kami masih dapat mengekalkan rekod tanpa kalah di tempat lawan, apatah lagi, kami sedar Pahang adalah pasukan yang kuat dan tidak pernah tewas di gelanggang sendiri musim ini. "Tetapi berkat usaha keras dan semangat juang tinggi, tiga mata akhirnya menjadi milik kami," katanya. Zahasmi juga memuji sumbangan Alessandro Celin yang menjaringkan gol pendahuluan kerana beraksi dengan baik walaupun baru pulih daripada kecederaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/279902

Read 489 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram