Media Tempatan

Published in Media Tempatan

FMLLP setuju timbang benar Imam wakili Kelantan

Jun 05, 2017 Hit: 839 Written by 
FMLLP setuju timbang benar Imam wakili Kelantan

PETALING JAYA: Hasrat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) untuk menggunakan khidmat pemain import, Seydi L Imam bagi memperkuat The Red Warriors (TRW) menghadapi baki saingan Liga Super kini kembali cerah.

Ini selepas Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) mengesahkan mereka akan mempertimbangkan untuk meluluskan pendaftaran pemain kelahiran Perancis itu.

Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam bagaimanapun menegaskan, KAFA masih perlu membentangkan beberapa dokumen yang diperlukan bagi melengkapkan proses pendaftaran pasukan, selain perlu menjelaskan segala hutang yang sedang dihadapi pasukan terbabit.

"Kita akan meneliti dulu perkembangan beberapa dokumen yang akan mereka bentangkan selepas ini bagi memastikan apa saja perkara berbangkit sudah diselesaikan atau belum.

"Segala perkara itu akan dipertimbangkan sewaktu rayuan mereka didengar nanti di hadapan lembaga pengarah FMLLP nanti. Seperti dinyatakan sebelum ini, jika semua perkara itu dijelaskan, tiada masalah untuk mendaftarkan pemain import terbabit.

"Kami juga sudah membentangkan apa yang perlu dibuat oleh KAFA dan mereka juga bersetuju untuk menyelesaikan perkara terbabit.

"Kita hanya mahukan pengesahan bahawa pembayaran mereka sentiasa dikemaskini. Itu adalah perkara paling penting bagi melengkapkan pendaftaran pasukan," katanya ketika ditemui selepas pertemuan antara KAFA dan FMLLP di sini, semalam.

Pertemuan yang berlangsung di pejabat FMLLP itu mengambil masa lebih satu jam dengan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat bagi menyelesaikan kemelut yang melanda dua badan itu sebelum ini.

'Perang' antara badan pentadbir liga dan KAFA itu tercetus selepas FMLLP enggan mendaftarkan pemain import baharu pasukan itu, Imam memandangkan KAFA masih berdepan sekatan perpindahan susulan tidak melengkapkan pendaftaran pasukan sekali gus mengundang marah Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa.

Annuar menyifatkan tindakan yang diambil FMLLP itu tidak adil dan sengaja mahu meranapkan pasukan itu dan mengarahkan wakil KAFA bertemu FMLLP sendiri bagi menjernihkan kembali kemelut terbabit.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/289918

Read 839 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram