Media Tempatan

Published in Media Tempatan

Bibi Ramjani berusaha selesai tunggakan KAFA

Sep 18, 2017 Hit: 302 Written by 
Bibi Ramjani berusaha selesai tunggakan KAFA

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Bibi Ramjani Ilias Khan yang baru dilantik semalam nekad berusaha untuk melunaskan tunggakan hutang badan induk itu.

Bibi Ramjani berkata, belum sampai tempoh 24 jam dilantik berada di kerusi panas Kafa beliau sudah dipersoalkan mengenai hutang dan juga tunggakan gaji pemain.

"Malam semalam selepas diumumkan presiden baharu saya terus jumpa pemain di stadium dan kita yakinkan mereka.

 

"Minta tolong letak ketepi dahulu masalah  gaji, kerana ini adalah prestasi anda semua. Gaji bagaimana pun mesti dibayar hanya minta sabar sikit saya tidak sampai 24 jam menang," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau juga membayangkan sudah ada syarikat yang bersedia untuk menjadi penaja utama untuk pasukan The Red Warriors nanti.

"Sebelum menang lagi saya sudah bincang dengan tiga syarikat multi nasional untuk taja pemain import," katanya.

Read 302 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram