Media Tempatan

Stadium Shah Alam dibuka semula 22 Mac Featured

Mar 16, 2014
Hit: 291
Written by
Stadium Shah Alam dibuka semula 22 Mac

STADIUM Shah Alam akan dibuka semula pada 22 Mac ini setelah ditutup sejak November tahun lepas untuk kerja-kerja naik taraf stadium berkenaan.
   
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid berkata kesemua bahagian utama stadium itu telah dinaik taraf termasuk padang, bumbung, bilik persalinan pemain dan tandas awam.
   
"Selain menggantikan rumput parspalum di padang, kita juga telah menaik taraf tandas awam dan memasang CCTV (kamera litar tertutup) di sekeliling stadium bagi meningkatkan aspek keselamatan," katanya kepada pemberita selepas melawat stadium berkenaan hari ini.
   
Turut hadir ialah Datuk Bandar Shah Alam Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.
   
Abdul Khalid berkata pada tahun lepas, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah membelanjakan sejumlah RM70 juta bagi kerja-kerja penambahbaikan dan diteruskan pada tahun ini bagi fasa kedua yang turut melibatkan kos sama.
   
"Bagi fasa kedua kita lebih menumpukan kepada aspek untuk mencantikkan stadium termasuk mengecat semula dinding stadium ini," katanya.
   
Abdul Khalid berkata perlawanan pertama yang bakal berlangsung sebaik stadium itu dibuka semula ialah perlawanan Liga Super antara Selangor dan Kelantan pada 22 Mac ini. - Bernama

Read 291 times

TRW turun takhta Featured

Mar 16, 2014
Hit: 311
Written by
TRW turun takhta

KUALA LUMPUR - Hasrat Kelantan untuk kekal di tangga teratas Liga Super tidak kesampaian apabila sekadar mengutip satu mata selepas seri 2-2 dengan Pahang di Stadium Sultan Muhamad Ke-IV, semalam.

The Red Warriors (TRW) dipintas oleh pasukan jiran, Terengganu yang menang 1-0 ke atas Johor Darul Ta’zim.

Beraksi di depan lebih 12, 000 penyokong setia, Kelantan membuka jaringan menerusi sepakan percuma kapten, Mohd. Badri Radzi yang gagal ditangkap kemas penjaga gol Pahang, Khairul Azhan Mohd. Khalid.

Tok Gajah bagaimanapun me­nyamakan kedudukan pada minit ke-12 menerusi Saiful Nizam Miswan yang bijak menyudahkan hantaran hasil sepakan penjuru.

Bersambung babak kedua, Kelantan terus melakukan beberapa asakan bahaya menerusi Francis Forkey Doe dan Fakri Saarani, namun berjaya dipatahkan benteng pertahanan pasukan pelawat.

Pada minit ke-70 Kelantan dikejutkan dengan jaringan kedua Pahang menerusi Mohd. Faizol Hussain yang tenang menyudahkan hantaran Dickson Nwakame.

Kelantan bagaimanapun tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Khairul Izwan Rosli berjaya menjaringkan gol pada minit ke-80 menerusi rembatan kencang yang menuju tepat ke arah kanan pintu gol Pahang.

Dalam pada itu, di Stadium Ne­geri, Kuching menyaksikan Sarawak memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk meraih kemenangan 3-1 ke atas LionsXII.

Tiga gol Sarawak diperolehi hasil jaringan S. Chanthuru pada minit keenam dan ke-40, manakala satu lagi jaringan tuan rumah menerusi Mohamad Rashid Aya minit ke-75. Gol tunggal LionsXII dijaringkan Muhammad Nazrul Ahmad Nazari minit ke-35.

Di Stadium Perak, Ipoh, tuan rumah Perak tewas 0-2 kepada Sime Darby, yang tidak menghadapi masalah untuk menguasai perlawanan di tempat lawan.

Pemain Sime Darby, Fazrul Hazli beraksi cemerlang pada perlawanan tersebut apabila berupaya me­nyumbang dua gol pada minit ke-16 dan ke-40.

Read 311 times

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram