TRWC

Kelantan tidak boleh keciciran mata lagi

Kelantan tidak boleh keciciran mata lagi bagi memastikan Kelantan mencapai target top 4 dalam saingan Liga Super 2014 ini, memandangkan 4 lawan Kelantan selepas ini iaitu Pahang, JDT 1, Selangor dan Terengganu adalah 4 pasukan yang berada di top 4 liga.

Oleh itu Kelantan tiada pilihan lain untuk perlawanan menentang Lions XII di Kota Bharu pada malam esok kecuali mengutip 1 mata atau 3 mata penuh.

Kegagalan menurunkan Prince Tagoe dalam perlawanan sebelum ini sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan seluruh penyokong Kelantan yang mula tertarik dengan gaya permainan yang ditunjukkan pemain import Felda United Edward Junior Wilson dan Zah Rahan Krangar kerana berjaya membuktikan pembelian pemain import yang berbaloi-baloi.

Dalam pusingan pertama Liga Super 2014, Kelantan berjaya menewaskan Lions XII 2-1 di Stadium Jalan Besar Singapura dan Kelantan masih memegang rekod terbaik di Kota Bharu bagi perlawanan menentang Lions XII sebelum ini.

Kemerosotan tahap sokongan penyokong harus segera dipulihkan oleh pihak KAFA jika mahu momentum sokongan penyokong Kelantan kekal sepanjang tahun ini. Sikap ambil mudah dalam isu Prince Tagoe dan keputusan perlawanan akan memakan diri pihak pengurusan sekiranya gagal ditangani dengan baik memandangkan hanya tinggal 5 perlawanan sahaja lagi dalam saingan Liga Super.

Mungkin amat sukar bagi pihak pengurusan menerima kritikan demi kritikan daripada peminat tetapi keputusan pembelian pemain import dan kemerosotan sokongan penyokong adalah kesalahan pihak pengurusan yang tidak dapat diselindungkan lagi.

Ayuh seluruh penyokong setia The Red Warriors bangkit dan terus setia menyokong pasukan The Red Warriors. GOMO KELATE GOMO.

 

Rate this item
(1 Vote)
Ayuh meriahkan & merahkan stadium Shah Alam

Tanggal 31 mei ini menjadi penentu hidup mati perjuangan pasukan Kelantan dalam saingan semi final Piala FA 2014 di stadium Shah Alam. Kelantan tiada pilihan lain kecuali menang jika berhasrat melangkah ke final, andai ditakdirkan seri atau kalah selepas tamat perlawanan ini, Kelantan boleh melupakan hasrat ke final.

Disaat kemunculan Prince Tagoe masih menjadi tanda tanya dan ada yang sudah tidak kisah dengan kehadiran pemain ini, Kelantan dilihat mampu menebus kekalahan Liga Super sabtu lalu berdepan dengan lawan Felda United sabtu nanti tanpa kelibat Tagoe. Namun pasukan Kelantan jangan memandang mudah kehebatan Felda United dengan tidak memberi gol awal pada pasukan ini. Sikap tamak dan mementing diri sendiri harus dibuang sebelum perlawanan ini.

Jadikan Piala FA ini peluang terakhir Kelantan untuk mara ke final seterusnya menjuarai Piala FA dan layak ke pentas Piala AFC 2015, ini kerana prestasi tidak konsisten Kelantan sepanjang saingan Liga Super 2014 ini mampu memusnahkan segala impian Kelantan pada musim ini.

Andai ditakdirkan menang, penyokong yang hadir mungkin akan berpuashati dengan semangat yang ditunjukkan mereka dan sokongan tidak berbelah bahagi, jika tewas usah dikesalilah kepada mereka yang masih memilih untuk memboikot pasukan.

AYUH SEMUA PENYOKONG THE RED WARRIORS KITA MERIAHKAN DAN MERAHKAN STADIUM SHAH ALAM SABTU INI..AJAK SEMUA RAKAN TAULAN DAN AHLI KELUARGA KE STADIUM....JADIKAN PERLAWANAN INI FINAL PERTAMA KITA....AYUH...GOMO KELATE GOMO

Rate this item
(1 Vote)

Boateng mahu menang!

May 23, 2014 Written by
Boateng mahu menang!

Sumber FB TRWFC: " Saya mahu menang menentang T-Team bukan kerana mereka pernah menjadi pasukan saya. Tetapi kerana pemain2 kita telah berlatih dengan gigih. Kami melakukan persediaan untuk menang dan kami berhak menang. " - George Boateng

Rate this item
(0 votes)

Piya Bangkit Piya...

May 21, 2014 Written by
Piya Bangkit Piya...

Prestasi pemain lejen sering menjadi topik hangat perbualan penyokong The Red Warriors setiap kali tamat perlawanan Kelantan, pemain ini dilihat makin hilang rentak sentuhan magisnya malah hampir tenggelam dengan semangat dan kelincahan yang dipamerkan pemain lain, namun Piya tetap menjadi tumpuan pemain pasukan lawan dalam merantai setiap pergerakannya.

Tidak dinafikan jasa Piya kepada kegemilangan pasukan Kelantan amat besar tetapi tidak salah rasanya menegur diatas rasa sayang kepada kemampuan sebenar pemain ini. Piya antara pemain yang kerap diturunkan dan sentiasa menjadi pilihan jurulatih untuk mengemudi pasukan.

Ayuh Piya kembalikan prestasi sebenar anda, kami tetap yakin kemampuan ikon bolasepak Kelantan ini. Seluruh penyokong Kelantan diseru membangkitkan kembali semangat Piya yang sedikit terganggu dengan kritikan panas dan ejekan penyokong tidak bertanggungjawab. Elakkan atau hentikan sebarang provokasi ke atas Piya samada didalam stadium mahupun didalam laman media sosial. Kami merindui sentuhan dan kehebatan pemain bernama Piya ini.

BANGKIT PIYA BANGKIT....GOMO PIYA GOMO...PIYA TETAP LEJEN KELATE.........

Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram