TRWC

Jualan tiket Semi Final II-Piala FA 2014

Sukacita dimaklumkan untuk perlawanan Separuh Akhir ke 2 Kelantan vs Felda, Pihak Pengurusan Felda United FC akan mengadakan jualan tiket untuk perlawanan tersebut seperti berikut:

Tarikh : 26 Mei 2014 (Isnin)
Masa : 9pagi- 4petang
Lokasi : Kaunter tiket SSM IV
Harga : Terbuka Rm15
Grandstand Rm35

# Jualan di Kaunter tiket Stadium Shah Alam pada 30 dan 31mei..

INFO PEGAWAI MEDIA KAFA BOSS Md Zuki

 

Rate this item
(1 Vote)
Peluang Kelantan himpit kedudukan 4 teratas liga

Perlawanan hujung minggu ini menyaksikan Kelantan mampu mengekori rapat kutipan mata JDT, Pahang dan Terengganu setelah ketiga-tiga pasukan ini bersaing sesama sendiri untuk muncul pemenang.

Pertemuan Pahang menentang Terengganu dan Selangor menentang Johor DT sudah pasti akan menarik tumpuan seluruh penyokong Kelantan. Namun harus diingat Kelantan yang bertandang ke Kuala Terengganu bertemu T-Team perlu menang terlebih dahulu jika berhasrat merampas mana-mana 4 kedudukan teratas nanti.

Kelantan yang berada ditangga kelima akan bertemu T-Team yang berada ditangga tercorot tidak harus memandang mudah atau terlalu yakin semasa turun di Kuala Terengganu nanti kerana T-Team tetap dilihat mampu menjadi pemusnah kepada Kelantan. Diatas kertas T-Team pernah tewas 3-0 kepada Kelantan dalam saingan pusingan pertama Liga Super lalu namun diatas padang macam-macam boleh berlaku.

Kelantan tidak boleh keciciran mata, andai terus ingin menarik minat penyokong Kelantan kembali ke stadium dan lebih semangat untuk kembali rancak memenuhi stadium Shah Alam menjelang pertemuan semi final Piala FA 31 mei ini.

Keputusan sabtu ini penting bagi Kelantan dalam mencipta kembali momentum kemeriahan bolasepak Kelantan di seluruh pelusuk tanahair walaupun kemeriahan ini sedikit sebanyak sudah ada sejak Boateng dan TRW kembali memperolehi kemenangan.

Episod kemerosotan Kelantan harus dipadam setakat ini, Kelantan perlu terus bangkit menguasai pertarungan Liga Super ini. Ayuh bersama-sama bangkit bersemangat memberi sokongan kepada pasukan tanpa jemu dan ragu-ragu....GOMO KELATE GOMO..

Rate this item
(7 votes)
Fitri Omar terlepas hukuman

Sumber FB TRWFC: FITRI OMAR didapati tidak bersalah.

Alhamdulillah. Fitri Omar didapati tidak bersalah dalam insiden bersama penjaga gol Johor Darul Takzim I (JDT I), Izham Tarmizi.

Jawatankuasa Tatatertib FAM hari ini menggugurkan pertuduhan terhadapat Fitri Omar berkaitan insiden pelanggaran dengan penjaga gol JDT I itu dalam perlawanan Liga Super menentang JDT I pada 25 Mac lepas.

Terima kasih FAM.

‪#‎TRWFC‬ ‪#‎TRWFC_OFFICIAL‬

Rate this item
(0 votes)
Buruan mata dalam 6 perlawanan terakhir Kelantan

Kini tinggal 6 sahaja lagi baki perlawanan Liga Super 2014 pasukan Kelantan dimana 3 perlawanan, Kelantan sebagai tuan rumah dan 3 lagi sebagai pasukan pelawat. Daripada baki perlawanan bersama pasukan terlibat ini, keputusan perlawanan terdahulu menyaksikan Kelantan berjaya menang 2 perlawanan, Kelantan Berjaya menewaskan T-Team 3-0 di Kota Bharu dan menewaskan Lions XII 2-1 di Jalan Besar Singapura.

Keputusan berikutnya Kelantan seri 2-2 ketika menentang Pahang di Kota Bharu. Kelantan juga tewas 3 perlawanan lain iaitu tewas kepada Selangor di Shah Alam 0-1, tewas kepada JDT di Kota Bharu 1-2 dan tewas kerana keputusan FAM memberi kemenangan percuma kepada Terengganu 3-0 setelah Kelantan didapati bersalah menurunkan Fitri Omar yang digantung perlawanan walaupun keputusan asal perlawanan berkesudahan seri.

Kesemua 6 pasukan yang bakal menentang Kelantan dianggap pasukan yang mencabar dan mampu mencipta kejutan dengan barisan pemain yang semakin mantap serta keupayaan pasukan yang menduduki top 5 carta liga buat masa ini.

Satu tugasan bukan mudah bakal diharungi pasukan The Red Warriors bermula di Kuala Terengganu menentang T-Team sehinggalah ke perlawanan terakhir liga menentang Terengganu di Kota Bharu. Kini buruan 18 mata menjadi impian semua pasukan, berapa mata yang mampu dipungut Kelantan? Adakah mampu Kelantan meneruskan rentak kemenangan seterusnya di bawah kendalian Boateng semakin memukau penyokong bolasepak Kelantan? Menang bertemu PKNS dan Perak mula melonjak naik nama Boateng selain tindakan beraninya tidak menyenaraikan Forkey Doe dan Prince Tagoe menarik perhatian Tan Sri Annuar Musa serta penyokong setia The Red Warriors.

Jika diteliti kedudukan teratas liga, Kelantan dilihat mampu menjadi pengacau impian pasukan Pahang, Selangor, JDT dan Terengganu dalam mengejar tahta dan kedudukan liga. Meskipun Kemampuan Prince Tagoe masih misteri setelah sekali lagi tidak diturunkan dan beliau tetap antara pemain penting menjadi harapan untuk membantu pasukan Kelantan mencipta keajaiban yang mengimpikan sekurang-kurangnya berada di tangga keempat liga dalam perlawanan terakhir liga nanti, andai ditakdir Kelantan layak melepasi tangga keempat liga ianya satu bonus untuk seluruh pendokong dan penyokong Kelantan yang sentiasa bertungkus lumus sepanjang musim ini.

IMPIAN FINAL PIALA FA 2014?

Separuh akhir kedua Piala FA 2014 yang akan berlangsung 31 mei selepas perlawanan Liga Super menentang T-Team sabtu ini juga mungkin antara faktor penting Forkey Doe dan Prince Tagoe direhatkan bagi memberikan peluang kepada kedua-dua pemain cergas sepenuhnya menjelang perlawanan Piala FA nanti.

Untuk makluman perlawanan Piala FA ini, Kelantan tiada pilihan lain kecuali menang jika mengimpikan Kelantan mara ke pentas akhir. Setiap percaturan Boateng akan mengambil kira perlawanan penting ini berbanding perlawanan liga yang masih berbaki 6 perlawanan. Taktikal dan corak latihan ala eropah yang diterapkannya juga mula mendapat liputan hangat media-media tempatan. Kesungguhan yang ditunjukkan Kechik, Brendan Gan dan pemain-pemain lain amat dikagumi dan dihargai oleh seluruh penyokong Kelantan. Tidak mustahil final milik kita jika aksi yang ditunjukkan sebelum ini mampu digunakan dalam perlawanan separuh akhir ini nanti.

Oleh itu, lupakan sejenak kemarahan dan kekecewaan kepada pemain-pemain The Red Warriors, kita sebagai penyokong harus memberi 100% sokongan padu kepada pasukan tanpa jemu dan tanpa mencipta sebarang provokasi yang boleh melemahkan pemain kita. Sokongan dan semangat anda mampu mengubah kelemahan kepada kejayaan The Red Warriors. Ayuh bangkit lagi….GOMO KELATE GOMO…..

Rate this item
(6 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram