TRWC

Prince Tagoe diturunkan malam ini?

Kemungkinan besar pemain import baru Prince Tagoe gagal mendapat Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) untuk turun beraksi pada malam ini. Mungkin aksi pemain ini boleh dilihat dalam perlawanan Kelantan akan datang. Kelibat Forkey Doe masih lagi bersama pasukan The Red Warriors. Shawaky dibenarkan balik ke negara asalnya. Nantikan pengesahan senarai pemain pada petang ini.


 

Prince Tagoe masih menunggu sijil perpindahan antarabangsa(itc)dari kelab asalnya..di fahamkan ada sedikit masaalah dgn kelab itu dan Tagoe terpaksa memohon campur tangan FAM DAN FIFA...DIFAHAMKAN ITC BOLEH SAMPAI BILA BILA MASA SAJA...DAN BELIAU DIFAHAMKAN BARU TIBA DI KL....

Rate this item
(0 votes)
Bangkit Kelantan Bangkit!!

Liga Super musim 2014 makin menarik apabila melihat beberapa pasukan dan penyokong mula menekan butang panik kerana tidak tahan dengan tekanan kekalahan serta pengambilan jurulatih dan pemain import tidak berkualiti atau dalam bahasa kasarnya "barang buangan".

Liga Malaysia mula dilihat menjadi tempat pembuangan pemain-pemain tidak berkualiti menawarkan diri mereka. Menyedari kelemahan ini, ramai pihak pengurusan cuba berlagak hero dengan meletakkan kelemahan dan kecuaian mereka kepada pemain-pemain import yang dipilih walhal sistem pemilihan pemain import oleh pihak persatuan atau kelab bolasepak masih lagi lemah dan ianya amat sukar untuk diakui mereka.

Situasi ini amat mengejutkan apatah lagi dalam suasana kehadiran penyokong makin merosot, malah sudah ada segelintir penyokong mula bertukar ganas dan agresif kepada penyokong pasukan lawan sama ada ianya sebagai tanda protes kepada pihak pengurusan atau misi membalas dendam, hanya mereka sahaja yang tahu.

Kelantan juga menerima nasib yang sama meskipun sudah 3 tahun mempunyai pengalaman ditipu dengan rekod pengalaman aksi pemain import. Bagaikan sudah buta akal apabila saban tahun kegagalan ini dijadikan ujian untuk kembali mencipta kebangkitan dan pembaikan pasukan dalam mendapatkan pemain baru selepas pemain "Bajet" gagal mempamerkan aksi seperti yang diharapkan mereka dan peminat.

Dalam sedar kutipan tiket sering menjadi taruhan antara penyokong dan pengurusan, mujur penyokong tidak lagi mempertaruhkan darah mereka demi memberi arahan menukarkan jurulatih atau pemain. Sememangnya syukur sikap profesional makin menebal dalam jiwa penyokong Kelantan, mereka kini lebih gemar melakukan protes senyap dan melalui media tempat serta laman sosial berbanding bertindak ganas seperti sebelum ini. Perubahan sikap ini amat dikagumi. Tabik buat semua penyokong The Red Warriors.

Bagi peminat sudah tentu mereka mahukan kemenangan atau sekurang-kurangnya pasukan kekal kompetitif sama ada keputusannya seri atau tewas bagi setiap perlawanan yang diharungi pasukan dan pemain kesayangan mereka. Hilang pemain kesayangan mereka maka hilanglah semangat mereka ke stadium. Seolah-olah beginilah nasib pasukan The Red Warriors setiap tahun, penjimatan yang dirancang akhirnya memberi lebih banyak kerugian. Mujurlah nilai tajaan pasukan makin meningkat.

Sebagai peminat kuaci atau tv mahupun penyokong tegar, mereka hanya inginkan pihak pengurusan kekal membentuk sebuah pasukan yang mampu bersaing, dapat memberi aksi perlawanan yang menghiburkan dan berbaloi dengan taraf sebuah pasukan juara.

Walaubagaimanapun respon pantas Tan Sri Annuar Musa dalam melakukan tindakan pemecatan ketua jurulatih selasa lalu amat dikagumi namun jika dilihat kesan kekalahan 4-0 dan 5 perlawanan masih sukar diterima oleh seluruh penyokong The Red Warriors.

Walau apa pun yang sudah berlaku, kita seluruh penyokong The Red Warriors perlu cepat melupakan episod luka ini, untuk kita TERUS bangkit kembali tanpa jemu memberi sokongan padu kepada pasukan negeri kesayangan kita. AYUH BANGKIT THE RED WARRIORS BANGKIT. PANTANG THE RED WARRIORS MENGAKU KALAH SEBELUM TAMAT MUSIM LIGA SUPER....GOMO KELATE GOMO.

 

Rate this item
(0 votes)
WAN ZACK HAIKAL sudah didaftarkan

WAN ZACK HAIKAL sudah didaftarkan sebagai pemain TRW pada minggu ini. Sijil Perpindahan Pemain (ITC) sudah diterima dari kelab lamanya, Ryukyu FC.

Wan Zack menggantikan tempat Aizat Jaini yang dilepaskan ke UiTM di atas persetujuan bersama.

Walaubagaimanapun, Wan Zack dijangka hanya akan beraksi menjelang Piala Malaysia hujung musim ini selepas pemain itu masih lagi dalam rawatan pemulihan dari kecederaan ACL.

Sumber:
#trwfc #trwfc_official

Rate this item
(0 votes)
"Teruskan berjuang!" Penyokong The Red Warriors

Terima kasih diatas ucapan semangat dan sokongan tidak berbelah bahagi yang ditunjukkan oleh seluruh penyokong The Red Warriors!!!! Ayuh kongsikan ucapan kebangkitan di FB Page THE RED WARRIORS MALAYSIA.  Bangkit Kelate Bangkit......Gomo Kelate Gomo. Kongsikan semangat dan link web www.theredwarriors.com/v5 dengan rakan-rakan anda.

Rate this item
(1 Vote)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram