TRWC

Misi Kelantan tebus aib

May 13, 2014 Written by
Misi Kelantan tebus aib

Selepas Kelantan tewas 1-2 kepada Perak dalam saingan pusingan pertama Liga Super 8 febuari lalu di Ipoh, pada sabtu (17/5) ini Kelantan dilihat berpeluang menebus aib kekalahan lalu jika semua pemain tidak memandang mudah perlawanan ini dan tidak terlalu yakin dengan kebangkitan yang dicipta sejak dua perlawanan lepas.

Jika diperhatikan pada pusingan pertama lalu juga Kelantan tewas mudah kepada skuad remaja Perak yang pada masa itu masih tercari-cari rentak permainan namun mereka berjaya menghidu kelemahan Kelantan pada waktu itu, kelemahan Kelantan berjaya dihukum.

Kemenangan Perak ketika menentang ATM dalam saingan Liga Super jumaat lepas dan menundukkan Sabah dalam perlawanan persahabatan ujian sebelum itu sudah cukup untuk membuktikan Perak kini sedang nekad menjauhkan diri daripada terperosok ke Liga Perdana selain berusaha untuk tidak lagi berkongsi mata dengan 4 pasukan tercorot liga.

Gaya permainan yang ditunjukkan pemain Kelantan dibawah kendalian Boateng dilihat sudah mula menampakkan kelainan dan keserasian namun aksi ini diharapkan akan lebih hebat sekiranya Prince Tagoe dapat diturunkan sekaligus mampu mengembalikan kemeriahan bolasepak Kelantan.

Kemenangan sabtu ini amat diperlukan Kelantan dalam usaha menebus kembali kegagalan sebelum ini disamping ingin melihat Kelantan mampu menghimpit pasukan yang berada di tangga ketiga, keempat dan kelima liga yang hanya dibezakan 3 mata dengan kedudukan Kelantan sekarang.

Secara keseluruhan Liga Super hanya berbaki 7 perlawanan sahaja lagi, Kelantan akan bertemu lima pasukan yang berada ditangga teratas liga dan dua pasukan termasuk Perak yang berada dibawah tangga keenam liga sekarang. Kini tumpuan seluruh penyokong Kelantan terarah kepada target top 4 yang diletakkan oleh Tan Sri Annuar Musa dan tidak salah jika meletakkan target lebih tinggi kerana perbezaan mata masih lagi boleh dicabar oleh Kelantan. Namun ianya perlu dibuktikan lagi oleh skuad Boateng.

Perlawanan sabtu ini adalah pencetus kebangkitan Kelantan selepas ini dan sudah pasti semua pemain memerlukan sokongan padu seluruh penyokong Kelantan dalam memecah kesunyian stadium keramat mereka sabtu ini. Ayuh seluruh penyokong Kelantan tanpa rasa ragu-ragu atau masih ingin tunggu dan lihat, kita gegarkan kembali stadium dan pasukan kesayangan kita.

Peluang kita masih terbuka, kenapa kita perlu berputus asa....GOMO KELATE GOMO.....SOKON SOKMO

Rate this item
(1 Vote)

Urusan ITC Tagoe selesai?

May 05, 2014 Written by
Urusan ITC Tagoe selesai?

Mohd Hafiz Awang
Ini jawapan Kevin Ramalingam,CEO TRW.COM berkenaan isu ITC Tagoe ...FIFA told us issue will be settled today .We are waiting for FIFA to get to work this morning.Still early in europe.

Insyaallah dia akan bermain esok,jika kita berjaya mendapat ITC dari FIFA hari ini.

Rate this item
(3 votes)
Indra Putra bersama peminat di Kota Bharu

Indra Putra dan pasukan Felda United sudah tiba di Kota Bharu. Kenangan Indra Putra bersama Kelantan merangkul 2 rekod kejuaraan Piala FA 2012 dan 2013 amat dihargai masih terpahat dalam sanubari penyokong Kelantan.

Nama Indra Putra Mahayuddin tetap menjadi nama besar sebagai pemain paling dikagumi dan dihormati oleh seluruh penyokong Kelantan dalam sejarah bolasepak Kelantan. Namun selasa ini adakah Indra Putra akan senasib dengan pemain lain diherdik oleh bekas penyokongnya atau menerima layanan baik masih ada yang ragu-ragu penerimaan penyokong di Kota Bharu nanti.

Tekad Indra Putra untuk tidak meraikan sekiranya berjaya menjaringkan amat dihargai oleh penyokong Kelantan. Kehadirannya diharap mampu mengubat kerinduan penyokong kepada pemain tegas, lincah dan hebat diatas padang ini.

Indra Putra pernah membantu Kelantan mara dalam tiga pentas final Piala FA dan gandingan mantap Indra Putra bersama Norfarhan dan Piya sentiasa menjadi bualan penyokong Kelantan.

Kelantan perlu meletakkan gandingan barisan pertahanan yang mantap untuk merantai pergerakan pemain ini pada selasa nanti. Kegagalan mengawal rapi pemain ini akan mengundang padah kepada Khairul Fahmi.

Seluruh penyokong Kelantan diseru membantu pasukan The Red Warriors mengajak rakan-rakan, sanak saudara dan famili ke stadium. Sokongan dan semangat jitu anda semua amat diperlukan dalam mengembalikan kejayaan bolasepak Kelantan sekaligus memberi bekalan selesa gol ke separuh akhir kedua pada 30 mei di Selayang nanti. GOMO KELATE GOMO...BANGKIT KELATE BANGKIT...

Rate this item
(8 votes)

Tugas Hussein sekat Indra

May 03, 2014 Written by
Tugas Hussein sekat Indra

Pertembungan baru antara Hussein yang digelar jeneral atas padang oleh Boateng dengan Indra Putra selaku jeneral utama Felda United selasa ini bagai pertembungan dua jeneral perang berpengalaman di medan perang.

Mampukah Hussein Alaa menyekat ketangkasan Indra Putra dan rakan sepasukan menggempur kubu Kelantan amat dinanti-nantikan, diharap mampu mengubat kekecewaan ramai penyokong Kelantan di atas kehilangan Obinna yang sudah 2 tahun memegang tugas berat mempertahankan benteng Kelantan ini.

Indra Putra dilihat tetap berbisa memburu gol untuk Felda United sehingga berjaya membantu Felda United berada di kedudukan tangga kedua saingan Liga Perdana. Perlawanan separuh akhir pertama selasa ini adalah misi penting Kelantan jika masih mengimpikan final. Kemenangan dan kelebihan gol akan menyemarakkan kembali semangat seluruh penyokong Kelantan yang dalam tempoh bertenang tunggu dan lihat perkembangan semasa pemain baru Kelantan.

Meskipun perlawanan separuh akhir pertama belum lagi bermula, sudah ada peminat setia Kelantan mula menempah tiket dan melakukan persiapan rapi untuk perlawanan separuh akhir kedua 31 mei di Stadium Selayang nanti, dengan harapan Kelantan akan mara lagi ke final pada tahun ini.

Kebangkitan Kelantan amat diharapkan oleh seluruh penyokong Kelantan setelah liga berehat panjang dan tiada lagi jadual perlawanan yang mengganggu persiapan Kelantan.

Ayuh seluruh penyokong Kelantan, kita bangkit memberi sokongan padu kepada pasukan kita. Gomo Kelate Gomo

 

 

Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram