TRWC

Kelantan gagal capai target 2014

Kekalahan Kelantan 2-3 kepada Terengganu semalam menutup tirai segala episod kegagalan Kelantan mencapai target yang diwar-warkan pada awal musim 2014 ini. Namun Kelantan bernasib baik masih berada dalam 6 pasukan terbaik Liga Super.

Keputusan malam tadi amat mengecewakan seluruh penyokong Kelantan kerana pada separuh masa pertama Kelantan gah mendahului 2-0 perlawanan tetapi dikecewakan minit-minit akhir perlawanan.

Ayuh peluang untuk Kelantan bangkit dalam saingan Piala Malaysia masih lagi ada dan janganglah kita mudah berputus asa sehingga sanggup bertindak menjatuhkan imej pemain-pemain kita. Jadikanlah media sosial dan sepanjang bulan puasa masa untuk kita memperbaiki segala kesilapan kita dan kembali dengan semangat baru semasa kempen Piala Malaysia bermula selepas raya nanti.

AYUH GOMO KELATE GOMO.............

Rate this item
(2 votes)
Mampukah Kelantan tamatkan musim liga di tangga ke 4?

Jika dilihat pada target awal musim pasukan Kelantan adalah berada dalam 4 kelompok terbaik Liga Super 2014 dan mengekalkan kejuaraan Piala FA, namun yang tinggal sekarang hanyalah impian berada di tangga keempat liga dengan berbaki satu sahaja lagi perlawanan.

Kini Kelantan berada ditangga ke 4 dibelakang JDT, Selangor dan Pahang dengan mengumpul 32 mata daripada 10 kemenangan, 2 seri dan 9 kalah. Perlawanan terakhir Kelantan menentang Terengganu pada rabu ini  (25/6/2014) menjadi perlawanan merebut kedudukan keempat dan kelima.

Tahun 2014 merupakan tahun penuh mencabar kepada pasukan Kelantan dan Terengganu dalam membentuk pasukan yang mantap meskipun sentiasa menukar pemain import masing-masing bagi memperkukuh barisan serangan dan pertahanan serta kedudukan liga. Melihat pada prestasi semasa pasukan, Kelantan masih memiliki kelebihan dari segi jumlah kemenangan iaitu Kelantan berjaya memenangi 10 kemenangan berbanding Terengganu dengan hanya 8 kemenangan.

Kedua-dua pasukan ini pernah menerajui tahta dan selepas pertengahan musim prestasi semasa pasukan ini terumbang-ambing sehingga menerima kritikan hebat para penyokong. Harapan penyokong Kelantan kepada kudrat Tan Sri Annuar amatlah besar, namun kekangan tugas dan kesibukan Tan Sri Annuar kerap membatasi tumpuan kepada pasukan Kelantan.

Walauapapun keputusannya rabu ini, Kelantan harus bangkit daripada masalah pengurusan pemain import yang lemah dan aksi permainan yang tidak menentu. Seolah-olah Kelantan tiada fokus lagi, semangat emosi penyokong harus dibangkitkan kembali setelah mereka merasakan seperti bolasepak Kelantan bukan milik mereka lagi.

AYUH BANGKIT PENYOKONG THE RED WARRIORS. KEMBALI BERSATU DEMI SEBUAH KEJAYAAN. GOMO KELATE GOMO

Rate this item
(2 votes)
"SESSI SEPETANG BERSAMA TSAM"

KHAMIS 2.00 PETANG
26 JUNE 2014
KELANTAN TRADE CENTRE (KTC)

Tan Sri Annuar Musa

Sebagai meneruskan dasar keterbukaan dan ketelusan saya mengambil initiatif tambahan kpd chatting terbuka di fb DENGAN MENGANJURKAN "SESSI SEPETANG BERSAMA TSAM"...KHUSUS UTK SEMBANG/Dialog BOLA KLATE SEMPENA TAMATNYA LIGA M 2014..PADA HARI KHAMIS 26HB JAM 2.00PTG DI KTC....TERBUKA KPD MEDIA,Bloggers,wakil fan clubs,pbj atau individu..SAYA AKAN CUBA JEMPUT PENGURUSAN DLL KALAU MEREKA SETUJU...PESERTA ADALAH SBG TAMU SAYA DAN KOS TERMASUK HI TEA TANGGUNGAN SAYA...YG BERMINAT BOLEH MENDAFTAR "FIRST COME FIRST SERVE" MELALUI PEGAWAI MEDIA KAFA SDR ZUKI..JOM KITA BERDISKUSI TERBUKA DEMI TRW KITA...FACE TO FACE....( JUMLAH TERHAD MENGIKUT KAPASITI TEMPAT)....

Rate this item
(3 votes)
Kelantan tidak boleh keciciran mata lagi

Kelantan tidak boleh keciciran mata lagi bagi memastikan Kelantan mencapai target top 4 dalam saingan Liga Super 2014 ini, memandangkan 4 lawan Kelantan selepas ini iaitu Pahang, JDT 1, Selangor dan Terengganu adalah 4 pasukan yang berada di top 4 liga.

Oleh itu Kelantan tiada pilihan lain untuk perlawanan menentang Lions XII di Kota Bharu pada malam esok kecuali mengutip 1 mata atau 3 mata penuh.

Kegagalan menurunkan Prince Tagoe dalam perlawanan sebelum ini sedikit sebanyak menimbulkan kemarahan seluruh penyokong Kelantan yang mula tertarik dengan gaya permainan yang ditunjukkan pemain import Felda United Edward Junior Wilson dan Zah Rahan Krangar kerana berjaya membuktikan pembelian pemain import yang berbaloi-baloi.

Dalam pusingan pertama Liga Super 2014, Kelantan berjaya menewaskan Lions XII 2-1 di Stadium Jalan Besar Singapura dan Kelantan masih memegang rekod terbaik di Kota Bharu bagi perlawanan menentang Lions XII sebelum ini.

Kemerosotan tahap sokongan penyokong harus segera dipulihkan oleh pihak KAFA jika mahu momentum sokongan penyokong Kelantan kekal sepanjang tahun ini. Sikap ambil mudah dalam isu Prince Tagoe dan keputusan perlawanan akan memakan diri pihak pengurusan sekiranya gagal ditangani dengan baik memandangkan hanya tinggal 5 perlawanan sahaja lagi dalam saingan Liga Super.

Mungkin amat sukar bagi pihak pengurusan menerima kritikan demi kritikan daripada peminat tetapi keputusan pembelian pemain import dan kemerosotan sokongan penyokong adalah kesalahan pihak pengurusan yang tidak dapat diselindungkan lagi.

Ayuh seluruh penyokong setia The Red Warriors bangkit dan terus setia menyokong pasukan The Red Warriors. GOMO KELATE GOMO.

 

Rate this item
(1 Vote)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram