Komuniti

Published in Komuniti

Kemelut bola sepak Kelantan : Apa kesudahannya?

Dec 17, 2016 Hit: 1016 Written by 
Kemelut bola sepak Kelantan : Apa kesudahannya?

Kemelut KAFA telah mengwujudkan 2 telahan persepsi politik berbeza:


Kato Geng Anti UMNO;
1. "Mu kelih ore UMNO pege bola pun abis berlipak sirak, banyok hute, tanah mene pialo dulu xselesai lagi, tu baru pege bola belum pege negeri lagi." Namun UMNO pasti tidak akan membiarkan persepsi menular dalam pemikiran rakyat Kelantan, disaat Kelantan makin hampir dirampasinya. Pasti Hero UMNO akan muncul jadi penyelemat sebuah kisah ciptaannya. UMNO tiada masalah kewangan tetapi perlu diurus oleh pengurusan yang lebih korporat & telus.

Kato Geng Anti PAS;
2. "Mu kelih ore PAS tahu takir & komplen jah pandai, bilo suruh ambil alih KAFA, pakat nakut belako, jange kato nok tulun sponsor. Kecek jah pandai." Meletakkan kesalahan PAS @ kerajaan negeri adalah sesuatu yang pendek akal kerana kerajaan negeri dari awal berkecuali dalam isu pengurusan KAFA, apatah lagi masalah hutang KAFA bertimbun dan seolah-olah akan memulakan balik membina KAFA dari zero, sesuatu yang mustahil untuk sebuah kerajaan negeri yang menghadapi kekangan ekonomi untuk bermewahan berbelanja dalam bidang yang tidak bermanfaat kepada rakyat majoriti memilihnya. Apatah lagi sudah terbukti Liga Malaysia tidak menguntungkan.

Bagi penyokong bola sepak tegar, mereka tidak kisah siapa yang memimpin bola sepak Kelantan dan apa yang orang sedang fikirkan tentang bola Kelantan, bola sepak adalah jiwa dan maruah terakhir mereka sebagai rakyat Kelantan. Hanya dengan bola sepak nama Kelantan digeruni oleh kawan dan lawan. Jika nyawa bola sepak tidak diselamatkan, usahlah semua ahli politik bercerita tentang perjuangan demi Kelantan andai bola sepak pun boleh berkubur.

Belajarlah daripada pengalaman, bola sepak Kelantan perlukan ketelusan dan kecekapan dalam pengurusannya . Biarlah Bola sepak kita tercatat pernah berjaya dan boleh terus berjaya. Ayuh seluruh penyokong Kelantan bangkit membantu pasukan kesayangan anda ini. BERSATU DEMI KELATE. GOMO KELATE GOMO.

Last modified on %AM, %17 %348 %2016 %07:%Dec
Read 1016 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram