Komuniti

Published in Komuniti

Komen menarik di status TSAM- "Haters" Kagumi TMJ

Jan 27, 2017 Hit: 872 Written by 
Komen menarik di status TSAM- "Haters" Kagumi TMJ

Aku baru lepas tengok nama-nama yang dicalonkan untuk jawatan Presiden FAM. Aku sokong Tunku Ismail walaupun aku haters JDT. Semua orang tahu aku haters JDT. Benci sampai ke tulang hitam. Tapi ada lah sebab aku sendiri kenapa aku nak baginda naik jadi Presiden FAM. Haters pun haters jugak tapi bab rasional kena rasional. Ini sebab-sebabnya.

1. Tunku ismail tak sayang duit. Player cakap je nak apa untuk latihan, baginda memang konfem akan keluar duit. Nak swimming ppol? Nak windmill? Nak dumbbell seberat 500kg? Nak bola besi? Nak rumput cantik? Nak taruk teknologi garisan? Nak tambah sijil kursus pengadil? Nak protein untuk naikkan badan? Nak jurulatih luar? Aku jamin 100% baginda akan keluarkan duit beli semua tu.

2. Tunku Ismail tak suka beri ruang untuk alasan. Infrastruktur tu aku pasti 100% baginda akan sedia semua. Terpulang pada pemain aje selebihnya. Kalau pemain bagi alasan tak reti perangkap bola, baginda akan cakap baginda dah bagi coach power. Kalau pemain cakap kalah sebab tak pandai gelecek, baginda akan cakap baginda dah beli agility ladder, beli massage ball, training hurdles, etc. Jadi, kalau Malaysia kalah bawah pimpinan baginda, ia salah pemain dan pengurus dah. Bukan lagi salah FAM. Biar gagap pemain nak bagi alasan lepas ni.

3. Tunku Ismail tak boleh pilih bulu sebab pemain bola yang berasal dari Johor ada berapa kerat je kat Malaysia ni. Rasanya ada la dalam 50 orang dan semua 50 tu kaki bangku hingga tak melayakkan mereka nak masuk senarai pemain kebangsaan. Kalau pilih bulu pun setakat masukkan pemain JDT. Aku pasti Tunku Ismail tak mahu timbul desas-desus begitu lantas mengelak sebaik mungkin dari memasukkan pemain JDT ke dalam pasukan melainkan pemain itu betul-betul mempamerkan prestasi tinggi.

4. Tunku Ismail orang kaya banyak duit. Saudara dan saudari, apa punca rasuah? Pandaiiii. Rasuah jadi bila orang takde duit. Paling banyak rasuah ni orang politik. Tunku Ismail pula dah banyak duit. Harta bertimbun. Tak payah pergi jauh. Tengok duit JCORP pun dah banyak, belum masuk duit baginda yang dalam perniagaan lain lagi. Baginda tak pandang langsung rasuah-rasuah ni sebab duit baginda dah banyak.

5. Kita sekarang ada National Football Development Plan (NFDP) yang diselia oleh Lim Teong Kim. Kalau aku recall balik temuramah-temuramah Lim, dia memang ada sebut dia menyokong apa yang Tunku Ismail buat kepada JDT khususnya dan Liga Malaysia amnya. Ini penting untuk masa depan bola negara. Bila jurulatih NFDP dan presiden satu kepala, target lebih mudah untuk dicapai. Bayangkan la Lim Teong Kim yang pernah latih pemain bertaraf dunia pun nak bekerjasama dengan Tunku Ismail, inikan lagi kita yang ilmu bola sekadar mengingat fakta Google.

6. Kapasiti baginda Tunku Ismail sebagai seorang kerabat diraja. Ini pun penting. Dengan status itu, baginda boleh buat banyak benda. Misalnya melobi FIFA dan AFC untuk jadi tuan rumah apa-apa kejohanan.

7. Personaliti Tunku Ismail. Dalam aku menjadi haters, aku perati Tunku Ismail seorang yang bercita-cita tinggi, tegas, ada workflow, sanggup berkorban, mesra penyokong, dan gemar mencontohi pasukan yang lebih maju. Borussia Dortmund dan Real Madrid misalnya yang banyak menjadi rujukan baginda. Paling koman baginda akan letakkan pasukan-pasukan tu sebagai penanda aras.

8. Keprihatinan Tunku Ismail. Satu perkara yang acap kali baginda timbulkan ialah isu gaji, mutu pengadilan dan bayaran penyiaran. Ini dah tahun 2017. Liga kita yang bertaraf professional dah berusia 24 tahun. Patutnya bila dah bertaraf professional, tak ada dah isu gaji ni semua. Aku pasti jika baginda jadi Presiden FAM, perkara pertama baginda tetapkan ialah "mana-mana pasukan yang gagal membayar gaji pemain lebih dari 2 bulan akan digantung dari liga berkuatkuasa serta-merta." Ingat, Tunku Ismail tak suka alasan. Baginda tak mahu dengar alasan pemain tak boleh fokus game sebab takde gaji.

Lagi satu, mutu pengadilan pun baginda akan tambah baik. Gaji pengadil misalnya akan dinaikkan. Lepas tu hal bayaran penyiaran tu. Jangan harap baginda akan bagi muka dah dekat stesen TV. Ini zaman teknologi dah banyak alternatif kalau stesen TV enggan bekerjasama.

9. Sebab aku haters. Seorang haters sangat kenal dengan orang yang dia benci. Barangkali lebih kenal berbanding seseorang yang menyayangi. Simple.

Harapan aku kalau Tunku Ismail jadi presiden, baginda tunaikanlah janji-anjinya dan ubahlah apa yang baginda selalu kritik. Misalnya Artikel 88. Jadilah presiden yang mesra penyokong, mesra media, hadir ke perlawanan akhir, tegas, dan banyak lagi benda yang tak dibuat presiden terdahulu. Okeylah aku nak sambung jadi haters.

Nota kaki : Kalau kau terer, kau boleh bangkang semua 9 point yang aku bagi ni. Kalau tak reti bangkang, kau belum cukup ilmu lagi nak jadi haters.

-Peter Vladimir-

 

Read 872 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram