Komuniti

Published in Komuniti

Bolasepak yang dipersembahkan berlangsung dalam keadaan sangat buruk

Mar 01, 2017 Hit: 491 Written by 
Bolasepak yang dipersembahkan berlangsung dalam keadaan sangat buruk

Oleh Muhammad Hafiz @betterman

Jika sebab Zahasmi memulakan persaingan liga musim ini dengan gaya permainan negative football adalah kerana dua perkara;

Iaitu tidak cukup persediaan perlawanan pra-musim yang menyebabkan pemain bakal kehabisan kudrat;

Manakala kedua pula ialah; ketidakseimbangan antara Regular Team dan Reserve Team,

Saya percaya ianya berlaku kerana permasalahan awalan, iaitu polemik mahu di daftar atau tidak pasukan itu sendiri.

Asbab ini adalah nyata. Akar kepada asbab itu sendiri sangat nyata. Kerana kekangan dana dari mereka yang berpolemik.

Manakala sebab utama perlu ada polemik ini, kerana mainan politik, tidak kira lah oleh pihak mana atau siapa.

Ini adalah keuntungan bukan material yang timbul dari kerugian terancang.

Saya perasan, tak pernah ada untung pun jika mengambil alih sebuah pasukan bolasepak di Malaysia jika bertujuan untuk keuntungan Money Profit, tak kira lah Short Term atau Long Term.

Oleh itu, jika tak berhasil keuntungan dalam bidang Soccernomic di Malaysia. Sudah pasti keberuntungan lain yang di cari. Menaikkan nama atas tujuan tertentu. Tak kira lah di timur atau di selatan dan sebagainya.

Jika sejauh-mana pun telus dan pakar seseorang itu dalam pengurusan kewangan, tak mungkin mereka mampu mengamilasikan bidang ini bila berurusan dengan FAM itu sendiri.

Oleh itu, bolasepak hanya lah hobi bagi orang yang senang yang memerlukan atensi dan melayani peminat sukan ini yang terdiri dari fans yang tak mampu menjadi Decision Maker dalam perubahan.

Kita orang susah ini, tak mampu jadi Decision Maker untuk mengubah senario ini kecuali kita tinggalkan hobi kita ini.

Bagi orang yang senang dan berkemampuan tapi tak ada kepentingan lain selain berniaga, tak ada sebab bagi mereka untuk melabur didalam bidang ini.

Oleh itu, keterpaksaan yang ditanggung oleh pasukan adalah sesuatu yang kita semua tempoh dengan paksa-rela.

Hobi untuk menganalisis pengurusan bolasepak seperti hobi kita memberi maklum balas kepada drama tv atau program lawak tv di sini iaitu di Medan Sosial, kalau dulu di kedai kopi.

Saya tak campur, saya analisis dan tengok bolasepak bukan sebab Roman Abramovich, bukan sebab keluarga Glazer, bukan sebab Annuar Musa atau Tunku Ismail dan bukan sebab Tengku Abdullah.

Tapi sambil tak campur pun, kita cakap juga. Nama lagi hobi. Kita suka memancing, kita bukan minat dan kaji jenis-jenis pe'el ikan sahaja. Kita ambil tahu juga pasal jenama Rod mengail atau mata kail atau jenis umpan.

Tapi tak payah lah pasang impian kaji dan berminat bagaimana pemasaran dan persaingan dalam bidang dan kilang pembuatan mereka.

Kecuali kita kaya dan berkehendak sesuatu atau berkepentingan.

P/S: Asalnya nak tulis analisis bolasepak mengenai Gameplan atau Taktikal Ketua Jurulatih, tapi lari 'tune'. Rasa macam rugi tulis dan analisis, kerana saya merasa punca sangat berkait ini menganggu mood saya.

P/S/S: Bolasepak yang dipersembahkan berlangsung dalam keadaan sangat buruk. Zaman Nik Musanif dan Akmal Tabarani pun tak seteruk ini pameran yang mereka persembahkan. Lets enjoy our hobby deeply.

Read 491 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram