Komuniti

Published in Komuniti

Ulasan perlawanan antara TRW vs T-Team

Mar 06, 2017 Hit: 1015 Written by 
Ulasan perlawanan antara TRW vs T-Team

#Repost- Muhammad Hafiz: Untuk rakan-rakan yang belum mendapat gambaran jelas Review perlawanan antara TRW vs T-Team.

(Caution Alert: Karangan panjang)

Ketua jurulatih meletakkan formasi songsang ketika ketiadaan Norfarhan dan Celin yang jelas menjadikan masalah besar untuk keseimbangan pasukan dalam menyerang dan taktikal menyerang.

Menggunakan formasi 442 alter 451 dengan kaedah tidak menggunakan sayap kanan yang asli. Indra Putra yang dilihat sebagai bintang kehabisan tenaga seperti juga Ketua Pasukan, tidak dibenarkan bermain sebagai sayap atau pemain tengah kanan. Beliau banyak berlegar sebagai Attacking Mid Centre.

Ghaddar pada awalnya banyak bermain wide di kanan kerana dia bebas memilih untuk menjadi penyerang yang tidak perlu menunggu di dalam kotak pertahanan lawan. Dia boleh dikatakan pada awalnya bertindak sebagai Shadow winger di sebelah kanan.

Manakala Fakrul Zaman berfungsi sebagai Shadow striker yang tidak mendapat arahan jelas mengenai positioning beliau. Beliau menunggu bola di merata tempat. Begitu juga Zairul Fitri yang bukan fully left winger, banyak membantu dikawasan tengah ketika off positioning. Formasi boleh merubah menjadi 451 atau 460 dengan tiba-tiba.

Mentaliti utama yang diterapkan ialah jangan terlepas bola langsung ketika membuat hantaran. Bila lawan menjadi pack di kawasan tengah dan tak ada ruang untuk menaikkan bola, pertahanan dan tengah cuma bermain hantaran dekat dan back pass sesama sendiri.

Jika penguasaan bola Kelantan boleh dikatakan 40% first half, lebih 20% adalah possession bermain hantaran sesama pertahanan. Separuh masa pertama adalah ujian penuh bagi pemain T-Team untuk merampas bola. Ini sangat menggusarkan namun sekurang-kurangnya mengurangkan kecuaian dari di Counter Attack.

Kelantan bermain terlalu deep dengan hantaran banyak berlaku antara Danso, Gomis dan Norhafiz. Jika Indra dan Badhri mendapat bola, mereka tak boleh susun gerakan keatas melalui jalan tengah, kecuali ada ruang di tepi samaada kepada Zairul atau Ghaddar.

Hantaran bola tinggi juga tidak dibenarkan. Oleh itu Fakrul banyak berlari tetapi hantaran tak kunjung tiba. Jika ada hantaran tiba, beliau juga tak ada tujuan lain kecuali mencari kawasan tepi kebawah semula dan serangan terpaksa di setup semula, kecuali gerakan gol pertama yang jelas dia berada dalam keadaan benar-benar selesa.

Sesekali larian Ghaddar yang sepatutnya ada ruang kosong untuk Cut back pendek kepada Indra atau Badhri tetapi tidak dilakukan penyerang dari Lubnan itu. Fakrul Zaman tidak sesekali berada didalam kota ketika Ghaddar lari masuk menyerang, beliau berada di tepi atau hujung bucu padang.

T-Team sangat organize dari segi setup bermula dari bawah, dengan gerakan tersusun dan tak ada pintasan yang boleh dibuat oleh pemain Kelantan. Terlalu banyak gerakan menyerang dari tengah T-Team yang perfect dihantar rendah dan laju kepada sayap mereka yang membuat Follow Up, menjadikan Farisham dan Qayyum sangat sibuk.

Dihujung babak pertama, Kelantan bermain berhati-hati ditepi, dengan Qayyum, Zairul dan Fakrul sepakat untuk berbagi hantaran ditepi tetapi sangat senang di rampas. Namun oleh kerana Gomis dan Badhri selalu bersedia dibawah, T-Team susah untuk membuat Counter.

Lebih-lebih lagi Indra kerap turun berlari kebawah untuk Tracking down lawan, yang memaksa T-Team cepat melepaskan hantaran dan tempo permainan laju T-Team banyak berakhir dengan kecuaian, pintasan demi pintasan oleh Gomis dan Danso walaupun tak sempurna tetapi mampu menahan pasukan dari di serang hendap.

T-Team mempunyai masalah pemain import dan tempatan mereka tidak sekata dalam bab tempo ketika mereka menyerang, namun T-Team mempunyai pemain serangan yang boleh meledak dengan cepat.

Walaupun Kelantan banyak bertujuan untuk mengurangkan kecuaian dalam hantaran, Fakrul, Zairul dan Qayyum dilihat agak under pressure ketika gerakan terpaksa dari tepi kiri. Mereka melepas kan hantaran dengan tekanan yang saya syak kerana terlampau risau kehilangan bola mereka menjadi sangat kaku.

Ramdan juga sangat kaku, setiap kali hantaran Back pass kepada beliau, dengan tidak mempunyai Urgency beliau tidak berani untuk membuat sepakan terus dan terlalu melambat lambat. Selepas dia menyepak nampak seakan bola hampir dirampas lawan atau tidak menyenangkan hati rakan back four. Antara ketidak-yakinan dan kecuaian dalam kepuraan bermain tenang.

Selepas mendahului, Kelantan memperlahan kan rentak serangan dan membenarkan lawan mempelbagaikan rentak serangan. Bila pertahanan terlalu deep, T-team sukar untuk menanti didalam kotak. Mereka banyak bermain laju dengan gerakan tersusun namun dengan kerajinan pemain tengah yang banyak membantu, hanya satu gol ledakan luar kotak yang mampu menjelmakan jaringan.

Memikirkan tiada kesudahan bermain tempo perlahan corak negatif, Jurulatih mengeluarkan Zairul dan Fakrul dan memasukkan Danial dan Khairul Izuan. Farisham buat pertama kali dibenarkan untuk naik sampai garisan tengah. Pada awal separuh masa kedua, Izuan kelihatan banyak merugikan gerakan dengan serangan yang terbantut. Kecuaian beliau sangat mendatangkan debaran kepada Gomis dan Badhri.

Gerakan ditepi juga tiada kesudahan, Indra dan Badhri yang kelihatan belum pancit, menggunakan kesempatan hasil usaha Gomis untuk bermain One Two pendek di kawasan tengah menyerang antara mereka. Ini menyebabkan Ghaddar mempunyai banyak ruang untuk setup larian beliau.

Defensive Mid T-team tiba-tiba menjadi sangat sibuk dengan idea baru jurulatih Kelantan itu. Kewujudan Danial di posisi menyerang yang utama dengan hantaran favourite beliau terima, menjadikan serangan Kelantan dilihat merbahaya. Danial tidak boleh membawa bola dengan dribble, tetapi hantaran deras kedepan dan dikejar dengan baik.

Mempunyai susuk tubuh kecil tidak menghalang beliau untuk membelah pertahanan tengah lawan, bila Through pass laju dibuat, beliau berkejaran dengan baik melarikan bola jauh, memaksa pertahanan lawan mengejar dan mengekori. Ini jelas ruang yang luas terbuka untuk Ghaddar berlari mengacah dari side ke side lain.

Dengan lagak menggerunkan bagi sesetengah pertahanan yang belum kenal beliau, berkali-kali beliau mengulangi gaya sama ketika zaman kegemilangan beliau dulu, menipu pertahanan pasukan kuat zaman itu.

Sesuatu yang ajaib ialah lariannya membuka ruang untuk dia membuat hantaran senang kepada Badhri, Indra dan Danial, sudah pasti fokus pertahanan lawan kepada hantaran terakhir beliau seperti biasa dahulu sebelum disudahi Norshahrul atau Norfarhan pada musim Treble.

Indra, Badhri dan Danial sangat berpeluang menyambut hantaran dan meledak ketika Ghaddar melarikan bola, gerakan larian 'pepeh' seolah akan membuat hantaran, tetapi beliau mencari hujung pertahanan yang sudah dibelah, dan akan meledak serong. Ini sesuatu yang akan diamati oleh pertahanan pasukan lain selepas ini.

Saya ingat kekuasaan terakhir penyerang import yang boleh meledak banyak kali dan berada dalam keadaan Supremacy seorang penyerang di Malaysia ialah ketika kehebatan Paulo Rangel. Selepas itu muncul Diaz di JDT namun Diaz tipikal berbeza. Diaz tidak dahaga kan gol kerana mempunyai penyerang hebat lain dan keupayaan assist beliau yang memukau.

Ghaddar bermasalah untuk membuat hantaran, namun beliau mempunyai passion atau ketagihan tersendiri. Mencetak gol dalam keadaan tenang adalah keutamaan, namun sebelum mempunyai ruang yang tenang untuk meledak, beliau menempuh jalan sukar kerana tidak membuat hantaran kepada rantaian serangan lain.

Kelantan berjaya meledak banyak gol selain kehebatan Ghaddar yang perlu berada dalam keadaan fit dan mood yang termotivasi, Kelantan juga boleh membuat Counter Attack yang baik bila serangan kuat T-team berjaya dipatahkan dengan seribu kepayahan. Lorong menjadi terbentang luas ketika serangan bertali arus dihentikan dan rantaian penyerang perlu berada di posisi yang betul.

Gaya Gameplan yang memerlukan kesabaran tidak menyenangkan penyokong yang hadir di stadium. Namun gaya gerakan 'pepeh' Ghaddar yang sabar sebelum meledak bola yang pasti akan mencecah jaring boleh pula di nanti penuh sabar oleh penyokong.

Ramai yang bersedih kerana jadual perlawanan berhenti rehat panjang, tetapi bagi saya itu suatu kemujuran. Dari segi fitness 80% pemain, mereka tak boleh mempersiapkan level kecergasan mereka selepas dua game dalam tempoh sedikit.

Persiapan awal musim perlu nya sebuah penguat tenaga untuk membiasakan kudrat pemain. Pemain perlu masa yang panjang untuk fit pada permulaan liga.

Hanya pemain yang berlatih bab kecergasan dalam tempoh mencukupi pada awal saingan liga, mampu bermain dengan baki kudrat selepas dua perlawanan jarak tempoh sedikit. Lebih-lebih lagi persiapan awal musim Kelantan yang songsang, jangan lah berharap yang bukan-bukan.

 

Read 1015 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram