Media Tempatan

Published in Media Tempatan

KAFA belum putus aksi Piala Menteri Besar Terengganu

Nov 26, 2017 Hit: 106 Written by 
KAFA belum putus aksi Piala Menteri Besar Terengganu

Sumber Berita Harian:Oleh Attirmidzie Rahman This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) belum menerima sebarang pelawaan daripada penganjur bagi menyertai kejohanan Piala Menteri Besar Terengganu dari 15 hingga 24 Januari depan.

Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman berkata, The Red Warriors juga belum memutuskan sama ada akan menyertai kejohanan itu sekiranya mendapat jemputan.

"Tidak... kami belum terima sebarang jemputan daripada penganjur dan setakat ini boleh dikatakan Kelantan tidak mengesahkan lagi penyertaan.

"Saya juga baru menghubungi penganjur hari ini dan mereka masih belum memutuskan sama ada pertandingan itu akan membabitkan Kelantan atau sebaliknya.

"Menurut penganjur mereka akan bermesyuarat petang ini bagi membincangkan penyertaan kejohanan itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, pasukan Melaka United sudah mengesahkan beraksi pada kejohanan itu.

Kejohanan di Kuala Terengganu itu dikatakan akan membabitkan pertandingan empat penjuru yang disertai tuan rumah Terengganu, Kelantan, Melaka dan Pahang.

"Sekiranya penganjur mempelawa Kelantan untuk menyertainya, kami masih tidak pasti kerana pasukan kami sudah mempunyai perancangan pada tarikh itu," katanya.

Read 106 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram