Media Tempatan

Published in Media Tempatan

Hashim mahu anaknya beraksi di Liga Super

Nov 26, 2017 Hit: 228 Written by 
Hashim mahu anaknya beraksi di Liga Super

KOTA BHARU: Legenda bola sepak Kelantan, Hashim Mustapha berharap anak lelakinya Aiman Shakir Hashim dapat diserap ke dalam skuad senior pasukan negeri itu musim depan.

Hashim berkata, jika anaknya yang kini berusia 20 tahun berpeluang mewakili pasukan itu musim depan, ia dapat meneruskan legasi bola sepaknya sekali gus memperluaskan pengalaman anaknya sebagai pemain.

Menurutnya, anak bongsu daripada tiga beradik itu kini beraksi dalam skuad Piala Presiden sebaris dengan nama seperti Daniel Ashraf Abdullah dan Nik Akif Syahiran Nik Mat.

"Sudah tiba masanya dia (Aiman) yang bermain di benteng pertahanan beraksi dalam skuad Liga Super kerana sebelum ini dia antara yang membantu skuad Kelantan dalam pertandingan Piala Presiden.

"Sebagai bapa sudah pasti saya mahukan yang terbaik dan mahu dia bermain di peringkat lebih tinggi kerana bakat muda seperti ini perlu mendapat lebih penampilan dalam sesebuah pasukan," katanya.

Hashim yang juga jurulatih The President Warriors bagaimanapun tidak memaksa badan induk negeri itu untuk memilih anaknya kerana ia sekadar pendapat peribadi.

Katanya, seramai 15 pemain yang kini beraksi dalam skuad Piala Presiden negeri itu berpotensi untuk diserap ke skuad utama.

"Saya tidak kata pengurusan perlu ambil cuma kalau boleh dipertimbangkan kerana saya menganggap anak saya berpotensi sama dengan rakannya yang beraksi dalam pasukan.

"Ada kira-kira 15 lagi pemain yang dilihat boleh membantu skuad utama Kelantan dan mungkin mereka ini memerlukan masa satu atau dua tahun lagi sebelum dapat diserap sepenuhnya ke skuad senior," katanya.

Last modified on %PM, %26 %682 %2017 %15:%Nov
Read 228 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram