Media Tempatan

Published in Media Tempatan

Janji Ben10 kepada Kelantan

Nov 29, 2017 Hit: 119 Written by 
Janji Ben10 kepada Kelantan

Sumber KOSMO; Yatimin Abdullah. Tekad pamer aksi terbaik selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan
PEMAIN sayap Kelantan, Mohd. Norfarhan Mohamad tekad menjadikan saingan Liga Malaysia (Liga M) 2018 sebagai medan kebangkitan semula kariernya selepas bergelut dengan kecederaan panjang sejak dua musim lalu.

 Norfarhan atau lebih ­mesra dengan gelaran Ben10 berkata, dia juga mahu bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama dengan bekerja keras bagi mendapatkan ­semula kepercayaan jurulatih.

 “Saya akui saingan untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama musim depan cukup sengit memandangkan Kelantan memiliki ramai pemain muda yang berbakat.

“Kalau bercakap soal kecederaan, saya sudah pulih pada tahun 2016 lagi tetapi mungkin nasib kurang baik apabila gagal mendapat minit beraksi yang banyak bersama Kelantan pada musim ini,” katanya.

Dalam pada itu, Ben10 mengesahkan bahawa dia sah kekal bersama Kelantan apabila menandatangani kontrak selama satu musim.

Katanya, perasaan kuat untuk terus kekal menabur bakti bersama The Red Warriors (TRW) mendorongnya untuk menolak beberapa tawaran lumayan pasukan luar.

“Saya ucap terima kasih kepada pengurusan baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) kerana masih memberi kepercayaan.

“Saya mahu membalasnya dengan membantu Kelantan mencipta kejayaan pada musim depan,” ujarnya.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, Ben10 akan kekal selama satu musim selepas menandatangani kontrak bersama TRW semalam.

“Saya harap pengalaman Ben10 mampu membantu memberikan suntikan kepada TRW untuk terus memberikan saingan se­ngit dalam Liga M 2018.

“Bukan itu sahaja, kehadiran pemain ini mampu membantu membim­bing barisan muda untuk beraksi cemerlang nanti,” kata­nya.

 

Last modified on %AM, %01 %371 %2017 %07:%Dec
Read 119 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram