Media Tempatan

Published in Media Tempatan

‘Insya-ALLAH tahun depan saya kahwin’

Nov 30, 2017 Hit: 121 Written by 
‘Insya-ALLAH tahun depan saya kahwin’

Sumber dari SINAR HARIAN: KAPTEN Kelantan, Mohd Badri Radzi mengesahkan beliau bakal menamatkan zaman bujang tahun depan, lapor SUBKI SUDARJI.

“Kalau tiada apa-apa... insya-ALLAH tahun depan saya berkahwin dengan orang Kota Bharu. Dia bukan kenalan sekolah atau peminat tetapi kami sudah lama kenal.

“Kami sudah lama berkenalan tetapi jarang jumpa, sekarang kami masih berkawan,” katanya ketika ditemui selepas satu majlis di ibu kota, malam kelmarin.

 

Mengenai The Red Warriors (TRW), Badri percaya pemilihan Bibi Ramjani Ilias Khan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) dan kemasukan pemain muda akan menyuntik semangat baharu skuad TRW musim depan.

Katanya, beliau berharap semua pemain Kelantan terutama pemain pelapis dapat bermain sepenuh jiwa dalam misi menaikkan kembali maruah TRW.

 

“Insya-ALLAH, saya mahu kekal bersama Kelantan sehingga ke penghujung kerjaya. Sebelum ini memang saya ada dapat tawaran beberapa negeri lain tetapi saya menolaknya kerana kesetiaan Kelantan.

“Saya jangkakan terus bermain bola sepak mewakili Kelantan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua tahun lagi (sebelum bersara sebagai pemain bola) dan tumpu perhatian kepada bidang lain," katanya yang pernah dinobatkan Anugerah Pemain Tengah Terbaik dan Pemain Paling Bernilai di Liga Malaysia 2013.

Last modified on %AM, %01 %431 %2017 %09:%Dec
Read 121 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram