Media Tempatan

Published in Media Tempatan

KAFA Terima Tajaan RM2 Juta Untuk Musim 2018

Dec 03, 2017 Hit: 297 Written by 
KAFA Terima Tajaan RM2 Juta Untuk Musim 2018

Tarikh kemaskini: 03/12/2017. KOTA BHARU, 3 Dis (Bernama) -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menerima penajaan RM2 juta sebagai persediaan pasukan Kelantan menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan berkata jumlah penajaan itu adalah daripada lima syarikat yang bersetuju menaja pasukan Kelantan musim depan, melibatkan kewangan, pakaian dan logistik.


"Jumlah penajaan ini sedikit sebanyak dapat membantu kami (KAFA) mencari dana RM12 juta untuk mempersiapkan pasukan musim depan," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian dan memorandum persefahaman penaja dan rakan niaga KAFA di sini, hari ini.

Bibi Ramjani berkata pihaknya juga sedang berbincang dengan beberapa lagi syarikat dalam dan luar negara untuk urusan penajaan dan 80 peratus hasil perbincangan menunjukkan keputusan positif kesediaan mereka untuk menjadi penaja.

Sementara itu, beliau berkata KAFA masih mempunyai hutang tertunggak hampir RM8 juta kepada pelbagai pihak sama ada penaja, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan bekas pemain pasukan Kelantan.

Dalam pada itu, beliau berkata Kafa bersetuju meminjamkan dua pemain importnya kepada mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmat mereka, yang masih mempunyai kontrak bersama Kafa sehingga musim depan.

Dua pemain berkenaan ialah penyerang dari Lubnan Abou Bakr El-Mal dan penyerang dari Senegal Seydi L´Imam.

Bibi Ramjani berkata pihaknya juga sedang mencari calon sesuai untuk mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih pasukan tersebut. - Bernama

 

Read 297 times
Rate this item
(0 votes)

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram