Media Tempatan

Published in Media Tempatan

Sathit janji keputusan positif 4 perlawanan pertama

Dec 07, 2017 Hit: 103 Written by 
Sathit janji keputusan positif 4 perlawanan pertama

Sumber Sinar Harian: . TEKA-TEKI siapa jurulatih baharu Kelantan terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), hari ini, mengumumkan pelantikan Sathit Bensoh mengemudi pasukan itu menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.

Presiden Kafa, Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan pemangku jurulatih dari Thailand itu secara rasmi dinaikkan pangkat dan dibantu bekas pengendali Felcra FC, Yusri Che Lah yang akan bertindak selaku penolong jurulatih.

Beliau berkata, Sathit, 41, mempertaruhkan jawatannya dengan meletakkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) meraih keputusan positif dalam empat perlawanan awal liga dan bersedia mengosongkan ‘kerusi panas’ itu jika gagal mencapai sasaran tersebut.

“Itu KPI Sathit kepada Kafa, bukan Kafa beri KPI kepada dia. Itu menyebabkan kita bersetuju beri peluang kepada Sathit dengan harapan dan kesungguhannya itu dapat melakukan sesuatu yang terbaik untuk Kelantan.

“Rata-rata (penyokong) tak yakin dengan kemampuan Sathit tetapi apa dijanjikannya itu, rasanya tidak tak salah kita beri peluang empat perlawanan, kalau tak capai kejayaan, dia sanggup lepas jawatan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, keputusan melantik Sathit dipersetujui selepas Kafa membatalkan hasrat mendapatkan khidmat Thomas Trucha setelah jurulatih kelahiran Republik Czech itu menolak tawaran untuk dilantik pengarah teknikal badan induk berkenaan.

“Dia minta jawatan ketua jurulatih selama (kontrak) dua tahun, kita risau jika tandatanganinya (kontrak) dua tahun, kita akan berdepan masalah sekiranya prestasi pasukan tidak mencapai tahap sebagaimana diharapkan,” katanya.

Tambahnya, Kafa turut melengkapkan skuad penuh dengan mengikat empat pemain tempatan iaitu Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku Ahmad (Sime Darby FC), Ahmad Shukri Abd Hamid (PKNP FC) dan Muhammad Haiqal Mohammad Nazri (Felcra FC).

Terbaharu, katanya lagi, bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Syafiq Shaharuddin telah menandatangani kontrak selama dua tahun bersama skuad pantai timur itu.

“Kafa yakin keupayaan pemain muda ini kalau diberi peluang mereka boleh menunjukkan prestasi terbaik dan tugas kita sekarang kena pastikan mendapat pemain import berkualiti,” katanya.

 

Read 103 times
Rate this item
(0 votes)
More in this category: « Tiga Muka Baharu Perkuat TRW

Ikuti berita TRWC

Daftar sekarang dan terima top artikel daripada TRWC dalam inbox anda setiap minggu. Sign up now and receive top stories from TRWC in your inbox every week

banerwebjc1

Instagram