penajatrwkayangan

Web-Banner 3rd-Parties2

Salam Aidil Adha, Semoga Segala Pengorbanan Kita Diterima Allah SWT
Ditulis oleh SirRigala    Khamis, 25 Oktober 2012 11:36     emel
Share

Pihak The Red Warriors.com ingin mengucapkan salam Aidil Adha untuk seluruh warga Red Warriors yang beragama Islam walau dimana anda berada. Semoga kita semua senantiasa berada di bawah lindungan dan rahmat ilahi. Bagi ummat muslimin yang kini sedang menunaikan haji di Makkah, khususnya buat Tan Sri Presiden dan Puan Sri semoga anda semua bejaya mencapai darjat Haji Mabrur. 

alt

Kepada seluruh peminat dan penyokong red warriors di negara jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sebuah telemovie yg hebat yang mana bakal ditayangkan ke seluruh negara melalui siaran RTM TV2 pada malam ini 25 Oktober pada jam 10.30 malam. Marilah sama-sama kita saksikan telemovie ini yang berjudul 'TALI' yang diterbitkan oleh Kalam Ariff Holding yang dimiliki oleh seorang usahawan berjaya anak Kelantan.

Karya yang berkait rapat sekali dengan resam budaya Kelantan, malah dilakonkan hampir sepenuhnya artis Kelantan ini perlu ditonton dan diselami untuk mendapatkan iktibar darinya. Lebih mengagumkan hampir keseluruhan telemovie ini telah dirakamkan di lokasi di negeri Kelantan. Lokasi utamanya adalah di Kampung Tandak, Pangkal Meleret, Machang Kelantan. Sama-samalah kita saksikannya.

Kepada yang masih begelut untuk pulang ke destinasi pilihan, berhati-hatilah dijalan raya. Semoga kita semua bergembira dalam meraikan hari raya ini.

  Newer: