| Friendly: Kelantan Sekadar Seri | ||
|
|
Share
JUARA TREBLE LAMA DAN JUARA TREBLE BARU SAMA KUAT? Perlawanan kedua Kedah menentang Kelantan malam tadi berkesudahan tanpa jaringan meskipun kedua-dua pasukan menguji pemain utama masing-masing. Keputusan ini sudah cukup memuaskan hati kedua-dua penyokong yang hadir dianggarkan lebih 10 ribu orang. Inilah Kelantan, apabila penyokong lawan mendengar sahaja pasukannya akan melawan Kelantan, maka akan berduyun-duyun penyokong pasukan lawan datang ke stadium meskipun kebiasaannya perlawanan persahabatan mereka tidak dikenakan tiket atau tiket separuh harga, oleh kerana lawannya adalah Kelantan tiket pada harga perlawanan sebenar pun mereka sanggup bayar dan memberi sokongan mereka. Sememangnya diakui semangat jiwa Anak Kelantan dan Kedah sama hebat dalam sukan bolasepak ini, Tahniah dan terima kasih juga kepada seluruh penyokong Kelantan yang berada di utara kerana melakukan persiapan rapi menyambut kehadiran pasukan Kelantan dan memeriahkan perlawanan persahabatan ini. Sokongan anda adalah tonik yang memberi aura kepada semua pemain. Kelantan akan meneruskan siri perlawanan persahabatan menentang Sime Darby 30 disember di Stadium Batu Kawan Pulau Pinang. Bersabarlah kepada peminat-peminat Kelantan yang berada di lembah Klang, semangat anda diperlukan 5 januari depan untuk sorakan padu Piala Sumbangsih 2013. GOMO KELATE GOMO. Kredit gambar dr FB HIJAUKUNING.COM
Kesebelasan utama mlm ni: apek,nik shahrul, nantha, indra, daudsu, piya, rizal, kieta, dimitri, harris, shakir
|
- Kelantan dan Selangor sama hebat
- "Kelantan sonyum leba" Waghih
- Indra Putra dan Piya bantu Kelantan lonjak satu anak tangga liga
- Piala AFC: Aura bonus kembalikan kehebatan Kelantan
- Kebangkitan Sang Kijang!
- Prestasi terkini The Red Warriors 2013
- Piala AFC: Kelantan kalah besar, tetap mara awal ke pusingan kedua
- Bangkit Kelantan Bangkit!
- Piala FA 2013: Kelantan mudah mara ke semi final
- "Mencari Sorakan Padu Yang Hilang" TSHAM

