| Liga M: 7 stadium dibenar guna waktu malam | ||
|
Share![]() PETIKAN DARIPADA SINAR HARIAN: 27 Disember 2012
PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi lampu hijau kepada tujuh buah stadium untuk menganjurkan perlawanan Liga Malaysia pada waktu malam selepas didapati mematuhi peraturan kecerahan 1,000 lux untuk lampu limpah seperti yang ditetapkan. Tujuh stadium berkenaan ialah Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kelantan; Stadium Shah Alam, Selangor; Stadium Tuanku Abdul Rahman, Negeri Sembilan; Stadium Darul Makmur, Pahang; Stadium Negeri Sarawak; Stadium Darul Aman, Kedah dan Stadium Jalan Besar, Singapura. Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, selain di tujuh stadium berkenaan, perlawanan perlu diadakan pada sebelah petang. "Kita membenarkan pasukan Perak untuk bermain di Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia di Lumut pada waktu petang ekoran Stadium Perak ditutup untuk "Kita akan melaksanakan pemeriksaan di stadium yang berhasrat untuk beraksi pada waktu malam sekiranya mereka mematuhi peraturan kecerahan 1,000 Hamidin yang juga Naib Presiden FAM berkata, antara stadium yang akan menganjurkan perlawanan pada waktu petang ialah Stadium Majlis Perbandaran Yang akan turut menganjurkan perlawanan waktu malam ialah Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Stadium Universiti Utara Malaysia, Stadium Likas Sabah dan Stadium UiTM Arau. Dalam perkembangan lain, Hamidin melahirkan rasa gembira di atas kemampuan persatuan bola sepak negeri dan kelab untuk mengurangkan jumlah bayaran tunggakan cukai dan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dari tahun ke tahun. Beliau berkata, jumlah tunggakan KWSP dan cukai yang mencecah hampir RM12 juta pada 2009 telah menurun kepada RM2.4 juta pada 2010, RM2.1 juta pada 2011 dan RM 1.3 juta tahun ini. "Ini semua hasil kerjasama daripada pihak berkuasa tempatan yang memberikan kerjasama padu kepada FAM bagi memastikan persatuan bola sepak negeri dan kelab melaksanakan tanggungjawab mereka untuk mencarum bagi pihak pemain," katanya. Hamidin turut mengingatkan bahawa badan induk bola sepak kebangsaan itu tidak teragak-agak untuk memotong jumlah geran tahunan yang diberikan kepada persatuan bola sepak negeri dan kelab sekiranya mereka gagal menjelaskan caruman KWSP para pemain tahun depan. Sementara itu beliau berkata pasukan Kelantan dan Selangor yang layak beraksi dalam saingan Piala AFC tahun ini diberi tempoh sehingga 26 Jan depan
|
- Piala FA 2013:Belum masanya mendabik dada -TSHAM
- Piala FA:Tiada pilihan lain kecuali menang? Penyokong
- Kenali Penyokong - Betterman
- Penyokong Kelantan dibelasah teruk?
- Sikap Azwan Roya dipuji Penyokong Kelantan
- Kelantan dan Selangor sama hebat
- "Kelantan sonyum leba" Waghih
- Indra Putra dan Piya bantu Kelantan lonjak satu anak tangga liga
- Piala AFC: Aura bonus kembalikan kehebatan Kelantan
- Kebangkitan Sang Kijang!

