penajatrwkayangan

Web-Banner 3rd-Parties2

Kelantan Gah Tampil Produk Jenama Sendiri
 emel
Share

jersitrwc2013

KOTA BHARU-Setiap tahun Kejutan demi kejutan berbeza berjaya dilakukan Kelantan dalam membina imej sebuah pasukan yang mantap dan makin berdikari dengan barisan penaja tersohor di Malaysia.

Tahniah kepada seluruh pengurusan, pemain dan penyokong Kelantan kerana sekali lagi pasukan The Red Warriors berada di kelasnya tersendiri apabila bukan sahaja berjaya melancarkan jersi malahan turut melancarkan produk-produk lain The Red Warriors dalam sebuah majlis yang penuh gilang gemilang di Kota Bharu Trade Center.

Selain Sinar, Warriors dan Mamee yang masih kekal menaja Kelantan, Kelantan menerima 5 penaja baru tercetak pada jersi iaitu HOTLINK, AZIZANOSMAN.COM, SYARIKAT MUDA OSMAN, DESA MURNI BATIK, TRESENERGY.COM, PURE' RE SPRINTZ dan beberapa lagi penaja  lain yang akan dipaparkan pada setiap program, perlawanan serta aktiviti The Red Warriors 2013.

Memang betul semua pasukan berjaya melancarkan jersi pasukan masing-masing, namun yang sering menarik perhatian dan bualan hangat peminat-peminat bolasepak tanahair adalah barisan penaja yang melekat pada jersi dan berapa banyak jualan jersi terjual selepas dilancarkan, situasi ini jauh berbeza bagi pasukan Kelantan, pasukan mereka mendapat tajaan dan penjualan paling hangat sejak 3 tahun berturut-turut.

Secara sinis ramai menjangkakan nilai tajaan dan penjualan produk The Red Warriors dijangka akan lebih meningkat memandangkan lebih ramai jutawan akan muncul dari kalangan penyokong Kelantan yang memperolehi aura dan semangat motivasi dari pakar perunding kekayaan Dr Azizan Osman.

Produk telekomunikasi terus unggul selaku penaja utama The Red Warriors meskipun HAPPY PREPAID tidak lagi menaja pasukan Kelantan selepas dua musim bersamanya. HOTLINK telah dipilih menggantikan tempat HAPPY PREPAID. Satu lagi kebanggaan Kelantan  pada tahun ini lebih ramai penaja-penaja muncul daripada kalangan syarikat milik penuh anak-anak Kelantan.

Pelancaran ini diharap mampu menggembirakan seluruh penyokong The Red Warriors yang sentiasa berkobar-kobar menanti kemunculan jersi baru. Kini tiba masanya untuk semua peminat bolasepak Kelantan memberi fokus kepada perlawanan yang akan dilalui skuad kesayangan mereka.

GOMO KELATE GOMO. THIS IS KOTA BHARU.

sweater2013

  Newer: