penajatrwkayangan

Web-Banner 3rd-Parties2

Annuar kesal Mat Yo tidak bayar hutang
Ditulis oleh TRWC Team    Jumaat, 04 Januari 2013 10:36     emel
Share

  Annuar (berdiri tengah) dan Pengarah Wilayah Timur Hotlink, Mazlan Mokthar (barisan tengah empat dari kiri) bersama pemain Kelantan yang memperagakan jersi baru The Red Warriors, semalam.

Berita Harian

Mohamad Zulfaizan Mansor | bhsukan@bharian.com.my"

Annuar (berdiri tengah) dan Pengarah Wilayah Timur Hotlink, Mazlan Mokthar (barisan tengah empat dari kiri) bersama pemain Kelantan yang memperagakan jersi baru The Red Warriors, semalam.
Kota Bharu: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa kesal kerana penyerang Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha atau lebih dikenali sebagai Mat Yo masih belum melunaskan ‘hutang’ dengan persatuan bola sepak negeri itu.

Beliau berkata, mengikut peraturan, bayaran sepatutnya dibuat 30 hari selepas tarikh pendaftaran bersama pasukan baru, namun sehingga kini pihaknya masih belum menerima bayaran itu.

“Kami tak puas hati dengan isu Mat Yo kerana masih tidak membayar jumlah tebusan kontrak perpindahannya walaupun saingan bakal bermula tidak lama lagi.


“Sepatutnya kami tidak membuat tuntutan kerana sedia maklum pemain perlu membayar pampasan apabila berpindah ketika masih mempunyai kontrak. Tebus kontrak tidak boleh ditebus melalui mulut atau surat namun ia perlu disertakan dengan bayaran.


Tidak boleh tebus

“Kita harap FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) tidak memandang remeh peraturan mengenai isu perpindahan pemain kerana ia boleh menjejaskan sistem perpindahan pada masa akan datang,” katanya selepas Majlis Pelancaran Jersi dan Barangan Rasmi Pasukan serta pengumuman penaja 2013 di Kelantan Trade Centre (KTC), semalam.

Jumlah tebusan berkenaan hanya akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasa rayuan, namun Annuar tidak menafikan kontrak Mat Yo yang masih berbaki 13 bulan bersama The Red Warriors bernilai kira-kira RM400,000.

Sementara itu, jersi Kelantan untuk musim ini ditaja 10 syarikat, iaitu Hotlink selaku penaja utama, diikuti Azizan Osman.com, Kumpulan Karangkraf, Tresenergy, Syarikat Muda Osman (SMO), MAMEE, Desa Murni Batik, Pure're Spritz, Redbull dan Syarikat Keropok Sira Cap Menara.

  Newer: