penajatrwkayangan

Web-Banner 3rd-Parties2

Peransang Semangat Pemain The Red Warriors
 emel
Share

 

Dalam kemeriahan bolasepak Kelantan dan kehadiran puluhan ribu penyokong The Red Warriors, terselit srikandi-srikandi yang hadir membakar semangat pasangan kesayangan serta ada juga si gadis yang datang kerana teruja dengan aksi pemain pujaannya. Jika dulu bolasepak Kelantan sinonim dengan keganasan di dalam padang dan di luar padang, kini bolasepak Kelantan sudah berubah menjadi medan penyokong dan pemain mempamerkan aksi profesional mereka.

 

Kandid Srikandi teman sejati Pemain utama Kelantan (dari kiri gadis yang terkenal dengan blog jejariruncing, isteri Mat Yo dan berbaju kelabu pasangan istimewa Nurul Azwan Roya)

Tidak hairanlah jika insiden yang berlaku di antara pemain berjaya di leraikan dengan mudah walaupun jelas kelihatan kedua pemain Kelantan terbaring di cederakan pemain Felda United baru-baru ini. Sikap penyokong yang hanya meluahkan perasaan marah melalui balingan objek dan kata-kata marah antara perubahan sikap yang membanggakan kerana tidak berlaku pencerobohan penyokong ke dalam padang atau serangan penyokong di luar stadium.

Perubahan sikap inilah telah membuatkan gadis-gadis The Red Warriors sanggup memberanikan diri menyaksikan perlawanan Kelantan biarpun mengetahui ada segelintir penyokong Kelantan yang tidak boleh menerima kehadiran mereka dengan membaling objek atau ais ke arah rakan-rakan mereka sebelum ini. Demi pemain pujaan sanggup diredahi segala tohmahan dan balingan objek ini.

 

Kita sebagai penyokong setia Kelantan harus berbangga dengan situasi ini kerana ianya menunjukkan kemajuan sikap wanita Kelantan yang telah melahirkan dan yang akan melahirkan jiwa sejati anak Kelantan yang akan menabur bakti kepada pasukan Kelantan atau Malaysia satu masa nanti.

Tidak hairanlah di belakang kejayaan David Beckham dan Wayne Rooney ada sokongan srikandi mereka yang sentiasa mendorong kejayaan suami dan merestui penglibatan anak-anak dalam dunia bolasepak seawal usia 1 tahun seperti yang dilaporkan di media ini.

"WAYNE Rooney's son Kai will start training for footie stardom at a soccer school - at the age of just 16 months.

Man U's Wayne has enrolled him in SocaTots - likely to turn him into a fleet-footed marvel such as Ronaldinho and other Brazilian aces, who develop talents from an early age. As well as ball skills, sessions are also aimed at developing balance, coordination and "social interaction".petikan daripada http://www.thesun.co.uk

Kini perkembangan sihat ini menjadi perhatian ramai peminat bolasepak Kelantan, kehadiran srikandi pemain Kelantan telah menyerikan lagi suasana perlawanan Kelantan. Lontaran senyuman mereka kepada si suami atau pasangannya membuatkan segala kepenatan beraksi bagaikan hilang bersama rembatan bola. Keayuan mereka turut membuatkan penyokong seolah-olah ada tempat untuk menyejukkan mata atau hati yang kekadang panas dengan aksi perlawanan.

Namun kehadiran ramai si gadis tidak lekang juga dengan teguran serta nasihat supaya mereka menjaga tingkah laku dan aurat dalam penampilan mereka. Terimalah apa yang dirasakan terbaik dan boleh diterima oleh anda.

 

Terima kasih kepada srikandi The Red Warriors yang menjadi penyokong ketiga belas dan sebagai "tonik kuat" para pemain memburu kemenangan untuk Kelantan atau sebagai tempat berkongsi kekalahan. Kemunculan anda memantapkan lagi aura sokongan dan sorakan padu kami yang bergema di dalam stadium manakala sorakan anda bergema dalam hati para pemain. Jangkaan peminat tentang penurunan aksi Norshahrul Idlan Talaha dan Shakir Shaari selepas berkahwin kini ternyata meleset setelah mereka berdua membuktikan mereka semakin bertenaga di atas padang.

Tahniah kepada para pemain Kelantan yang telah melangsungkan perkahwinan, kepada yang belum dan sedang merancang perkahwinan, seluruh penyokong Kelantan mendoakan semoga dipermurahkan rezeki dan dipercepatkan melangsungkan perkahwinan serta dipertemukan jodoh.

Terimalah kehadiran penyokong-penyokong wanita The Red Warriors dengan hati yang terbuka. Gomo Kelate Gomo.

  Newer: