penajatrwkayangan

Web-Banner 3rd-Parties2

Kibarkan Bendera Kelantan @ The Red Warriors
 emel
Share

 

Demam final Piala FA sudah mula melanda seluruh pelusuk tanahair apabila ramai dari kalangan rakyat Kelantan mengibar bendera Kelantan dan bendera The Red Warriors di kenderaan-kenderaan masing-masing. Apa kata bermula esok kepada seluruh rakyat Kelantan yang masih malu-malu menggantungkan bendera, berani dan nekad menggantungkan bendera atau apa saja yang berkaitan dengan Kelantan.

Usah kita merasa sinis atau kurang yakin dengan pasukan kita dek kerana desas-desus berita jual perlawanan atau apa saja, letakkan keyakinan 100% kepada para pemain menjalankan tugas dengan sempurna. Bagi mereka yang sedang membara semangat The Red Warriors teruskan semangat anda, kemenangan isnin lalu sudah membuktikan segalanya dan bukan masa untuk kita berasa selesa sekarang. Sokong tetap sokong.

KIBARKAN BENDERA KITA SEGERA......................GOMO KELATE GOMO..............AKU CINTA DAN SAYANG BUMI KU........................TANAH TUMPAH DARAHKU.....SEMOGA SENTIASA MENDAPAT KEBERKATAN, KERAHMATAN, KESELAMATAN DAN KEMENANGAN OLEH ALLAH............SEMOGA DIJAUHKAN SEGALA MALAPETAKA @ BENCANA.

  Newer: