Tanggal 28.3.23 pasti akan menjadi detik bersejarah yang bakal dikenang buat TRW dan SANI Express kerana telah temetrai perjanjian rakan strategik antara kedua-dua belah pihak di Pejabat Urusan Sani Express , Kota Seribung , Kota Bharu , Kelantan.



Majlis ini telah dihadiri oleh Pemilik TRW , Tuan Norizam Tukiman , Pengarah Urusan Sani Express , Tuan Wan Mohd Iskandar Dato’ Salleh , Pegawai kanan , kakitangan , pemain , jurulatih dan pengamal media.
Sani Express yang berpangkalan di Kota Seribung , Kota Bharu telah memulakan operasi pada tahun 2006 dan kini memiliki sebanyak 60 buah bas yang menelusuri laluan ke seluruh Semenanjung Malaysia.
Selain itu , majlis ini juga telah dilanjutkan kepada iftar bersama seluruh tetamu yang hadir.
Sani Express akan menaja perjalanan pasukan TRW Kelantan FC untuk semua perlawanan Liga Super , Piala FA , Piala Malaysia termasuk latihan pra musim , perlawanan persahabatan , program CSR , klinik bolasepak dan lain-lain pada musim 2023 dengan nilai tajaan sebanyak RM 500,000.00
Semoga dengan ikatan antara TRW dan SANI Express dapat mewujudkan situasi menang-menang dan memacu pengembangan positif kedua-dua belah pihak.