Read Time:52 Second

Biar apapun cakap-cakap orang tentang keseronokan berlebihan penyokong kita padahal baru kemenangan kedua dan masih lagi memegang rekod pasukan paling bolos pada musim ini, semua itu bukan halangan untuk kita bersama pasukan untuk bangkit kembali sekurang-kurang nya melepasi zon penyingkiran pada musim ini dan bangkit berjaya dalam musim hadapan.

Sikap dan semangat yang ditunjukkan oleh kesemua barisan pemain dan pengurusan menampakkan impak yang sangat positif dan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa. Tidak mustahil pasukan muda ini akan terus mengekalkan momentum kemenangan dalam 7 lagi baki perlawanan Liga Super 2023.

Kota Bharu bakal menjadi saksi lagi kebangkitan barisan anak muda bulan ogos ini menentang dua lagi pasukan gergasi iaitu gergasi Pantai Timur Terengganu pada 14 ogos ini dan gergasi merah kuning Selangor pada 25 ogos nanti.

Meskipun tanpa barisan pemain import baru malam tadi, Kelantan FC masih mampu mencabar Negeri Sembilan FC sehingga tamat masa penuh perlawanan.

KELANTAN FC [2] VS [0] NEGERI SEMBILAN FC
GOL – LEONARDO ROLON

GOMO KELATE GOMO 🔴⚪️

#LigaSuper2023#ThePowerOfGomoMindset#TRWKelantanFC#lascoffee#TRW#Zamburger
#negerisembilanfc#GomoKelateGomo#Zamburger