JAWATANKUASA RAYUAN PELESENAN KELAB MFL MENOLAK RAYUAN PERMOHONAN LESEN KEBANGSAAN KELANTAN FC

Read Time:34 Second

Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) telah bermesyuarat semalam (16 Januari 2024) dan membuat keputusan bahawa rayuan kelab Liga Super Kelantan FC untuk memohon Lesen Kebangsaan bagi musim 2024-2025 adalah ditolak selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.

Keputusan itu diumumkan kepada pasukan hari ini melalui pemakluman rasmi sekali gus menyaksikan Kelantan FC tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim 2024-2025.

Untuk rekod, Kelantan FC sebelum ini mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa AB berikutan keputusan First Instance Body (FIB) yang telah menolak permohonan Lesen Kebangsaan bagi kitaran 2023 pada 1 Januari 2024.

MOHAMAD YASIN ABDULLAH
PENGERUSI JAWATANKUASA RAYUAN PELESENAN KELAB MFL