Zam Enggan Lepaskan TRW?

Read Time:5 Minute, 45 Second

Oleh Tuan Ammar Zahar- EPISOD GRAND FINALE

Saya terbang pulang ke Lembah Klang dengan nada berbeza berbanding misi penerbangan saya ke Pantai Timur.

Perancangan yang dibuat sebelum ini, saya tangguhkan dulu. Asalnya, sebelum terbang ke Kelantan, saya siap merancang untuk berpindah ke Kota Bharu.

Bayangkan, sebelum meeting bersama Zamsaham saya siap pusing sekitar kawasan Kota Bharu untuk mencari rumah dan sekolah untuk saya tempatkan keluarga saya.

Because for me, if I’m in, I’m all in. For pain and gain.

Sebelum terbang pun saya dah minta restu mak ayah saya jika saya jarang melawat diorang di ibukota memandangkan saya berkemungkinan mengubah haluan ke bumi Kelate dengan keluarga.

Mereka faham dan support..

Mereka tau sejak saya kecik, bisnes adalah passion saya. Bola adalah minat saya. Memiliki kelab bola, adalah impian saya.

Tapi itu cerita kalau ia jadi..

Bila saya tiba di rumah saya, saya cuba mengumpul beberapa data dan homework lagi. Saya dapatkan maklumat sensitif berkenaan liga Malaysia dari rakan-rakan dan network yang sememangnya berpengalaman jauh lebih banyak dari saya. Orang liga, orang KBS, agent player, owner club, media bola, semua saya jumpa.

Mereka ni saya tak boleh dedahkan tapi saya tau mereka membaca penulisan saya ni. Terima kasih saya ucapkan atas bantuan.

Walaupun hati saya semakin tawar selepas menghadam segala info tu, namun saya masih nampak potensi besar yang ada.

Saya pun tanya DSV..

“Datuk, datuk masih minat ke nak ambil TRW?”

“Ya masih” DSV jawab.

Saya tau masa tu DSV semakin sibuk dengan urusan niaga dia. Saya pun sibuk juga tapi saya fikir saya boleh cuba buat usaha terakhir untuk membawa kembali discussion ni ke track sebelum ini.

Saya whatsapp wakil Zamsaham minta details supaya saya boleh berkomunikasi. Tiada balasan.

Saya pun ajak juga dia ‘mengeteh’ jika dia ada turun ke KL. Wakil dia jawab ‘Ok noted’ sahaja walaupun saya tau dia di KL ketika itu.

Untuk makluman, saya tak ada no dia dan hanya berpeluang berkomunikasi dengan wakil dia sejak saya pulang dari Kelantan dan dia ada whatsapp2 DSV selepas itu. DSV ada maklumkan saya.

Hrmmmm..

Saya lihat percubaan terakhir saya ni seperti mencurah air ke daun keladi.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, saya semakin tawar hati untuk meneruskan perancangan saya sebelum ini. Saya tau DSV mungkin menunggu momen yang sesuai.

Sebab DSV pernah maklumkan kepada saya jika tidak berlaku sebelum transfer window ditutup, cubaan boleh dibuat selepas musim tamat.

Tetapi saya ni sejenis yang nak kena ada certainty. Lagipun mengikut perkiraan saya, lagi lambat tindakan dibuat, lagi parah keadaan TRW. Bila lagi parah, lagi tinggi la kos baikpulih nanti.

Saya perlu move on dari asyik terfikir-fikir masa depan saya. Transfer window juga berbaki beberapa hari saja lagi untuk tutup. Player TRW yang keluar, perlu diganti sebelum transfer window tutup.

Agak mustahil untuk bawa masuk player bagus, import, dalam masa beberapa hari saja.

Lalu disini lah saya saya meletakkan noktah kepada usaha pemilikan TRW yang melibatkan saya.

Saya ni jarang tarik diri bila saya dah commit. Tetapi saya tau, storm is about to come. Perkiraan saya, misi ini masih achievable jika dibuat ketika transfer window dibuka.

Ketika itu juga TRW belum jadi tercorot. Belum ada banyak kes FIFA. Belum bertemu team-team kuat. Situasi ini akan berbeza jika perjalanan TRW diteruskan tanpa perubahan mendadak.

Maka dengan rendah hati, saya maklumkan pada DSV penarikan diri saya dalam misi ini. DSV pun faham concern saya. Saya sempat berpesan, jika ada yang beliau nak tanya berkaitan pemilikan TRW, saya sudi berkongsi memandangkan data semua ada pada saya.

Hari dan minggu pun berganti..

Telahan saya tepat bila tengok keadaan TRW semakin kucar-kacir. Pemain import gagal didaftarkan dengan sempurna. TRW hanya bermain dengan menggunakan khidmat pelajar-pelajar Universiti. TRW yang dulunya menjadi ketakutan buat pasukan lain, dilihat menjadi favourite pasukan lain pula untuk dibelasah. Jujur saya cakap, saya sendiri tak sampai hati nak tengok TRW macam tu.

Tentang niat dan hajat DSV, saya sudah tak pasti lagi. Namun, saya yakin DSV sememangnya masih ada menyimpan hasrat seperti sebelum ini.

Saya banyak luangkan masa dengan DSV semasa menjalankan pelan perancangan membeli Kelantan FC dibuat. Pelan saya, bisnes bola saja.

Pelan DSV bukan saja bola.

Dia anak jati Kelantan. Jiwanya di Kelantan. Berborak pun masih pekat loghat Kelantan. Dia ada aset di Kelantan.

Pelan dia bukan sekadar bola, tetapi lebih besar dari itu di Kelantan.

Saya yakin dengan pelan seperti itu, dia boleh berjaya di Kelantan. Dengan syarat dia perlu mempunyai team pengurusan bola DAN bisnes yang betul.

Saya pula, perjalanan bisnes bola saya tidak terhenti disitu. Impian saya tak pernah padam. Saya nampak bolasepak ada potensi yang cukup besar.

Lalu saya mulakan langkah saya dengan membina grassroot. Pembangunan bakat kanak-kanak, sekolah bolasepak kanak-kanak. Beza akademi bolasepak saya, saya buka satu kategori khas untuk kanak-kanak istimewa.

Kanak-kanak autism, ADHD, intelectual, delay, juga diajar bermain bolasepak. Saya wujudkan kategori ini kerana anak saya juga adalah anak istimewa tetapi dia minat nak main bolasepak. Saya nampak sejak latih dia main bola dipadang, ada peningkatan pada diri dia.

Ini kerana menurut kajian, salah satu masalah kanak-kanak istimewa ini adalah kekurangan Vitamin D. Kurang pendedahan dibawah sinar matahari. Bolasepak adalah satu aktiviti yang baik untuk dibuat oleh kanak-kanak untuk dedahkan mereka dibawah matahari.

So, kalau ada yang berminat nak kerjasama untuk projek saya ni bagitau saya ya. Kita bincang lanjut. Saya nak buka satu Malaysia.

Zamsaham pula saya tak pasti dia akan lepaskan Kelantan atau tidak. Jika dia nak lepaskan pada harga yang logik atau bagi free, saya pasti banyak je usahawan dan pelabur minat. Termasuk la DSV.

Perkongsian ini adalah versi saya. Mungkin versi Zam dan DSV berbeza. Itu lantaklah saya malas nak debate benda dah lepas lama. Saya dah move on lama. Saya berkongsi untuk fans bolasepak khususnya fans TRW. Saya akan rasa menyesal jika ia tak dikongsi kepada umum kerana rata-rata fans TRW sedang berduka kerana TRW tiada lagi dalam peta bolasepak Malaysia hari ini.

Sekurang-kurangnya dengan versi saya ini, fans boleh mencantumkan fakta, mengelak fitnah dari berlaku.

Walaupun ini adalah episod GRAND FINALE, saya akan beri satu Bonus Chapter yang mengandungi analisa saya tentang TRW sepanjang saya merangka pelan pemilikan TRW tahun lepas. Saya masih optimis yang TRW ni masih boleh diselamatkan. Nanti saya share dalam Bonus Chapter.

P.S Gambar dibawah ketika saya menjalani kursus coaching grassroot. Sahabat saya orang kuat di FAS pelik kenapa saya join kursus ni sebab tak pernah dia nampak saya di padang. Nanti ada masa saya cerita pula pasal grassroot dan bola Malaysia pula since banyak juga fans bola follow saya kebelakangan ni 😂. Sejak masuk bidang bola, banyak kawan baru saya buat.

P.S.S Pelajaran dalam bisnes, berkawanlah dengan semua orang. Jangan sombong. Jangan hanya nak berkawan dengan orang yang kita nampak boleh bagi manfaat ke kita je. Kadang-kadang, dalam diam orang yang kita tak nampak boleh tolong kita itulah kunci untuk membantu bisnes kita. Bak kata Ryan Holiday, Ego is the Enemy.