GEMPAR! Pelabur TRW sudah hilang sabar!
![](https://theredwarriors.com/wp-content/uploads/2023/02/cropped-kelatefan.jpg)
Info diterima dari sumber dalaman di kalangan pelabur, sebahagian besar pelabur TRW Kelantan FC yang tidak bersetuju dan menolak Zamsaham telah menubuhkan “Gerakan Selamatkan Kelantan FC (GSK)” untuk mengembalikan TRW Kelantan FC.
Gerakan Selamatkan Kelantan FC ini diketuai oleh Tuan Nik Hafiz, Co-Owner dan Pengarah TRW Kelantan FC.
GSK telah menghubungi Zamsaham dan beberapa kali bersemuka dengan Zamsaham tetapi semuanya menemui jalan buntu setakat ini.
Lebih mengejutkan apabila Zamsaham meletakkan tanda harga RM 3 juta untuk kelab TRW yang tidak mempunyai apa-apa nilai sekarang ini.
Nilai tersebut dengan jelas tidak masuk akal memandangkan kelab ini tidak mempunyai aset dan nilai hutang yang ditanggung adalah sangat besar.
Menurut salah seorang dari pelabur tersebut, mereka mahu Zamsaham melepaskan kelab tersebut kerana beliau sudah gagal dan pelaburan mereka sudah hangus. Mereka akan menanggung sendiri segala hutang dan semua kos untuk membangunkan semula Kelantan FC.
Apapun min doakan yang terbaik untuk Kelantan FC. Terasa rugi sangat bila sebuah team yang mempunyai tradisi dan fanbase yang besar seperti Kelantan FC tidak beraksi di dalam liga.
Fans Kelantan FC, apa pandangan anda?
kredit: HARIMAU MALAYA