Read Time:27 Second
Pembantu Jurulatih dan Penganalisis Video Kelantan Football Club, Pol Corpas Cuatrecasas telah memeluk agama islam pada hari ini yang disyahadahkan oleh pemilik kelab TRW Kelantan FC, Encik Norizam Tukiman di Hotel Zamburger Kota Warisan dan turut disaksikan oleh Coach Rezal, Coach Azli, Coach Abdul Rahman dan Encik Qusmaini. Beliau akan menggunakan nama baharu islam iaitu Abu Bakar.
Abu Bakar telah bersama skuad The Red Warriors sejak dari musim 2021 sehingga kini masih setia berkhidmat dalam barisan kejurulatihan TRW Kelantan FC bagi saingan Liga Super 2023.
#ThePowerofGomoMindset#GomoKelateGomo#TRWSelamanya#unclezambox#lascoffee