Abdul Rahman Baba Jurulatih Penjaga Gol Baharu

Read Time:37 Second

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐃𝐀𝐓𝐀𝐍𝐆 𝐂𝐎𝐀𝐂𝐇 𝐀𝐁𝐃𝐔𝐋 𝐑𝐀𝐇𝐌𝐀𝐍 🔴⚪

Seluruh warga Kelantan Football Club ingin mengucapkan selamat datang kepada Jurulatih Penjaga Gol Baharu, Abdul Rahman Baba.

Beliau yang pernah melatih beberapa pasukan telah menjadi pilihan utama pihak pengurusan tertinggi TRW Kelantan FC untuk memilih beliau bagi membimbing penjaga gol, Rozaimi Rahamat, Farhan Abu Bakar dan Nik Amin Kamaruddin.

Menurut Abdul Rahman atau lebih dikenali dengan panggilan Coach Bob, TRW Kelantan FC bertuah kerana dibarisi penjaga gol yang berpotensi dan berkeyakinan tinggi mampu melakarkan kejayaan serta menjaga benteng akhir pasukan dengan cemerlang dalam saingan Liga Malaysia 2023.

Semoga segala pengalaman dan ilmu yang dimiliki dapat dicurahkan kepada pasukan TRW Kelantan FC.

Sumber: FB TRW Kelantan FC

Selamat bertugas Coach Abdul Rahman

#ThePowerofGomoMindset #GomoKelateGomo #TRWSelamanya #LASCoffee #Zamburger #UnclezamBox