Read Time:1 Minute, 18 Second

Meskipun Kelantan FC masih berusaha merayu untuk mendapatkan lesen musim 2024-2025, rata-rata penyokong Kelantan FC pasrah dan akur dengan apa sahaja keputusan daripada MFL.

“Kelantan telah membuat rayuan (kepada MFL) tentang isu lesennya. Dan mesyuarat akan bersidang pada 16 Januari depan untuk mendengar kes rayuan Kelantan FC dan lesennya untuk musim 2024 dan musim 2025,” katanya. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam

Jika dilihat indeks pencapaian Kelantan FC 2023 yang sangat teruk daripada segi pengurusan, permainan dan keputusan bolos yang tercatat rekod bolos paling teruk dalam sejarah bola sepak Malaysia serta sikap ego pemilik Kelantan FC, Liga M3 adalah liga terbaik untuk Kelantan FC bermuhasabah dan memperbaiki segala kelemahan yang ada.

Liga M3 dijadikan pemangkin kebangkitan pasukan dari semua aspek pengurusan gaji pemain, penajaan, produk dagangan, pengurusan pusat latihan dan semuanya yng makin menampakkan kecelaruannya.

Kelantan FC tidak sewajarnya menguruskan dan mengeluarkan jersi sendiri jika saban musim berlaku kelewatan penyediaan dan penghantaran jersi kepada pembeli. Ini kerana lebih baik Kelantan FC berkolabrasi dengan pihak ketiga dalam penyediaan dan penjualan jersi seperti AL-Ikhsan dan sebagainya, pihak Kelantan FC hanya fokus kepada pengurusan pasukan dan penyokong sahaja.

Layanan Kelantan FC terhadap kelab-kelab penyokong juga harus diambil berat kerana hubungan yang dingin antara Persatuan Bolasepak Kelantan dan kelab-kelab jelas kelihatan. Mereka seolah-olah tidak dipedulikan oleh pemilik Kelantan FC.

Kesimpulannya Kebangkitan Kelantan FC perlu dikembalikan semula biarpun dari liga bawah. Graf kesetiaan sokongan penyokong Kelantan lebih mantap daripada penyokong pasukan lain. Hanya kejayaan akan mengembalikan semangat dan sokongan mereka. GOMO KELATE GOMO.