𝐊𝐀𝐑𝐍𝐈𝐕𝐀𝐋 𝐓𝐑𝐖 𝐃𝐀𝐘 𝟐𝟎𝟐𝟑

Read Time:49 Second

TRW Day adalah sebuah karnival yang telah diputuskan untuk dilangsungkan pada 19 Februari 2023. Karnival ini akan dilangsungkan di perkarangan Dataran Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu dengan tema gelombang merah putih.

Karnival TRW Day 2023 akan dihiasi dengan pelbagai acara dan aktiviti menarik yang akan disediakan oleh pihak pengurusan Kelantan Football Club untuk para pengunjung antaranya adalah Pertandingan Mewarna, Senamrobik, Street Soccer 3v3, Booth Jualan dan banyak lagi menanti anda semua pada tarikh 19 Februari 2023.

Karnival TRW Day 2023 akan bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 malam dengan majlis utama iaitu Pelancaran Jersi baharu bagi musim 2023 yang sudah pasti bakal dinanti-nantikan oleh semua para penyokong The Red Warriors.

TRW Day 2023 adalah sebuah karnival yang julung-julung kalinya diadakan oleh TRW Kelantan FC sebagai satu keraian kepada semua penyokong bersama pasukan TRW Kelantan FC sebelum sepak mula saingan Liga Super 2023 pada hujung Februari ini. Jumpa anda di sana!

#ThePowerOfGomoMindset

#GomoKelateGomo
#TRWSelamanya
#lascoffee
#unclezambox

See less