Read Time:23 Second

Badan bebas, “First Instance Body” (FIB) memaklumkan sekatan perpindahan pemain Kelantan FC pada jendela kedua telah ditarik balik bermula hari ini.

FIB mengambil maklum dan telah menerima segala dokumen yang diperlukan untuk menarik balik perintah sekatan perpindahan pemain jendela kedua.

Namun begitu, penarikan balik sekatan perpindahan pemain ini adalah berbeza dan tidak mempunyai impak ke atas sebarang sekatan perpindahan pemain yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ataupun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) selepas ini.

#LigaMalaysia2023