Pemilik Naskeen Coffee, CEO baru KRWFC

FB_IMG_1754144121425
Read Time:1 Minute, 27 Second

KRW FC dengan rasminya dimiliki oleh NASKEEN COFFEE dengan Wan fajarul sebagai CEO Kelab yang baru.

Intisari Sidang Akhbar Petang Tadi

Nik Hafiz selaku President KRW secara rasminya melepaskan jawatan dan pegangan saham kelab kepada Nasken Coffee sebagai pemegang saham utama selepas ini untuk mengharungi cabaran Liga A1.

Meski pun bertukar Tuan Punya kelab, ianya tetap menggunakan nama Kelantan Red Warriors bukannya Kelantan Nasken FC seperti yg tersebar di media sosial Sebelum ini.

Beberapa pemain baru bakal di isi untuk memantapkan squad KRW yang sedia Ada Terutama beberapa posisi yang kritikal selepas penilaian perlawanan persahabatan bertemu TFC Selasa lepas.

Pencarian penaja Baru diteruskan untuk memantapkan kelab.

Pengurusan baru akan mengadakan pertemuan tertutup dengan pegawai dan pemain KRW untuk suai kenal antara Satu sama lain.

Sessi pertemuan dengan penyokong juga sedang di rancang untuk bertukar pendapat dan membina hubungan baik antara pengurusan dan penyokong KRW.

Insyallah match day ketiga bertemu Damansara merupakan perlawanan pertama KRW dlm liga A1 yang akan berlangsung di Kota Bharu.

Isu dgn FIFA juga dalam proses penyelesaian secara berperingkat Oleh pengurusan baru KRW.

Sekalung Terima Kasih kepada Mantan President KRW Saudara Nik Hafiz atas inisiatif nya untuk membina semula pasukan ini meskipun Serba dalam kekurangan tetapi demi bolasepak Kelantan perjuangan tetap di teruskan. Beliau telah membuktikan usaha selama 10 bulan telah menampakkan hasil dengan sokongan kehadiran penyokong perlawanan persahabatan bertemu TFC kehadiran 13k ribu orang penyokong di Kota Bharu dan 6 ribu orang di Stadium Cheras bertemu Negeri Sembilan menunjukkan sokongan padu rakyat Kelantan terhadap KRW.

Sokongan juga berterusan dengan sambutan hangat ketika Hari Pelancaran Jersi KRW 2 minggu lepas dengan jualan secara fizikal serta online sold out dan Kini dalam proses pengeluaran Jersi batch kedua sedang dilakukan oleh Warrix selaku penaja Jersi musim ini.