Selepas pemilikan, Logo KRW FC pula timbul masalah?

“Ini semua nak duit kopi la ni”.. “Kenapa AFL tak tolong KRW?”.. “Kenapa AFL luluskan pendaftaran dari awal kalau tau macam ni”..


Saya baca banyak tohmahan dilemparkan dan fitnah-fitnah yang berlegar.
Saya bukan nak backup AFL atau FAM sebab saya sendiri akan kritik AFL dan FAM bila ada benda yang tak betul tapi dalam hal KRW ni saya kena berlaku adil dan kongsikan penjelasan supaya semua fans faham.
Sebab saya yang uruskan pendaftaran KRW ke Liga A1 sebelum ni. Bila AFL dah announce secara verbal, baru saya maklumkan AFL supaya terus berhubung dengan Presiden ketika itu kerana saya pun dah keluar dari KRW.
Maka kebanyakan komunikasi pun saya tau..
So saya nak kongsikan sedikit fakta untuk fans.
- Semasa awal penubuhan dan pendaftaran, AFL sendiri telah menegur dan beri amaran yang jika nama kelab diletak Kelantan Red Warrior, ia boleh trigger FIFA. Tapi KRW tetap tegas memutuskan nama ini dan KRW sedar akan risiko yang ada pada nama ini.
Jadi tak timbul isu AFL tak menasihati KRW kerana KRW dah dinasihatkan sebelum letak nama, dan kali terakhir sebelum membuat pendaftaran. Ini pasal nama je tau bukan pasal share pemilik lagi.
- Setiap pendaftaran kelab memang akan ada wang pendaftaran dan deposit. Main liga haram pun ada, main liga akarumbi pun ada wang pendaftaran. Nak kata AFL nak duit kopi dan sebagainya tu saya rasa lebih baik tolak ketepi kenyataan tu.
Semasa belum letak nama kelab lagipun, saya sendiri bertanya dalam mesyuarat tentang anggaran amount bayaran yang terlibat. Semua pengurusan yang hadir dalam perjumpaan tersebut dah tau figure dia berapa sebelum nama kelab diputuskan lagi.
Kemudian AFL yang minta saya sampaikan kepada KRW jumlah akhir dan even saya sendiri yang nego minta penjelasan, pelan bayaran, kaedah bayaran, serta diskaun dan pada perjumpaan semuka pun antara KRW dan AFL benda ni boleh dibincangkan jika ada doubt.
KRW sedar akan anggaran bayaran yang terlibat sebelum kelab letak nama KRW lagi.
- Tak timbul isu AFL dan FAM tak nak bagi KRW main sebenarnya pun. Yang ni memang tak timbul sebab saya sendiri yang communicate tentang hal ni dengan AFL.
Cuma apabila report sampai ke FIFA, pihak pengelola liga akan bertindak mengikut SOP. Sebab ini dah melibatkan FIFA dan FIFA memang tak boleh nak kautim².
AFL juga memang mengharapkan KRW lulus kerana jadual dah keluar dan persiapan semua dah buat. Kalau AFL tak nak KRW main, dari awal diorang akan block.
No point diorang luluskan pendaftaran, susun jadual, tapi kemudiannya diorang block.
- Penjelasan AFL dan FAM berkait surat dari FIFA ni bagi saya betul dah. Sebab tarikh asal pun 14/8 patutnya baru tau dan dalam surat tu FIFA takde spesifik maklumkan pasal pendaftaran pemain sudah dibolehkan.
Jadi untuk selamat, FAM hantar query lagi kepada FIFA bertanyakan pasal registration suspension.
Saya percaya ini adalah tindakan yang tepat supaya tak berlaku lagi masalah ini selepas ini bila match KRW dah bermula.
- Kena diingat, walaupun pemilik dah bertukar tetapi logo hampir sama dengan logo Kelantan semasa dibawah KAFA (KAFA pun ada isu FIFA).
Nama pun seakan sama dengan nama kelab terdahulu yang diban FIFA. Jadinya, benda ni akan ada isu dan boleh trigger FIFA. Ini risiko bila pakai nama KRW dan logo sedemikian dan KRW sendiri sedar akan risiko ini.
Kalau nak elak risiko ni, memang letak nama lain dan logo lain serta pemilik lain.
Apa-apapun, fans tunggu saja 14/8 ni seperti kenyataan awal. Seperti yang AFL cakap, surat FIFA tu ada nampak ‘sinar’ untuk KRW lepas dari FIFA.
Saya pun fans KRW juga. Lebih-lebih lagi saya terlibat dalam pembentukan KRW dan banyak dah saya sumbangkan masa saya dekat kerja-kerja urusan KRW. Saya pun tak nak lihat KRW tersangkut macam ni.
Tapi isu ni tak perlu sampai salahkan pihak lain, fitnah orang lain.
Kita tunggu je 14/8 ya. Kalau tak lulus, then pengurusan baru dari NASKEN kena buat kerja sikit bagi lulus sampai boleh main.
Harap penjelasan ni sedikit sebanyak dapat memberi pemahaman terhadap isu yang berlaku ketika ini.