Read Time:1 Minute, 19 Second

Siapa bakal pemilik baru Kelantan FC terus menjadi topik hangat media terkini. Adakah Bos Zam sedia melepaskan Kelantan FC atau kekal sebagai pemilik utama? Adakah Erfan Akif atau Dato Sri Vida atau Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan bakal menjadi pemilik baru Kelantan FC?

Sejauh mana kebenaran penglibatan taikun besar bisnes Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan dalam membida pemilikan Kelantan FC masih belum mendapat bukti kesahihannya. Daripada pihak Tan Sri sendiri belum ada kenyataan media penuh berkaitan desas desus ini, ianya sekadar viral gambar Bos Zam berjumpa dengan Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan, namun penjelasan penuh berkaitan perjumpaan ini.

Erfan Akif dan Dato Sri Vida dilihat bersungguh-sungguh mensensasikan berita hajat mereka memiliki Kelantan FC. Erfan Akif bersedia mempertimbangkan tawaran harga yang dibuka Bos Zam dan Dato Sri Vida juga sentiasa nekad dengan apa saja tawaran yang diberikan.

Pilihan sekarang berada di tangan Bos Zam siapa pilihannya, samada Kelantan FC dilepaskan atau kekal dengan semua perancangan yang dicanangkan dilaksanakannya. Apakah Status Zambual akan bertukar menjadi Zambuat andai semua plan disempurnakan dengan jayanya dan semua masalah gaji selesai, hanya terjawab sekiranya semua plan terlaksana.

Perkembangan pasukan muda Kelantan FC mula menarik minat seluruh penyokong Kelantan selepas menyaksikan aksi berani mereka menentang balas pasukan Pulau Pinang meskipun terpaksa akur tewas 4-3 di stadium Bandaraya.

Penyokong tidak mahu pasukan Kelantan FC berada dalam kemelut masalah dalaman terlalu lama dan Bos Zam perlu menyelesaikan dengan kadar segera walau apa jua keputusannya. Keputusan perlawanan lebih penting daripada Kelantan FC terus terjerumus dengan berita kegagalan pengurusan pasukan.

BERSATU DEMI KELATE.GOMO KELATE GOMO