Read Time:50 Second

by : Zachki Ahmad Suri

Penyerang Kelantan, Harith Akif yang meledak 2 gol ketika bertemu Penang tempohari adalah pemain daripada skuad U23 Kelantan. Kelahiran Alor Setar Kedah berusia 22 tahun ini juga merupakan pelajar ijazah sarjana muda Sains Sukan Uitm Shah Alam.

Ayahnya , Shahar Saad aka Sharq , seorang jurutera telekomunikasi dan ibunya Dr Ayu Haswida seorang pensyarah. Akif pernah mendapat pendedahan awal bola sepak di England seawal usia 7 tahun ketika ibunya melanjutkan pelajaran di sana. Beliau sempat beraksi selama 3 tahun di England dan berlatih bersama Akademi Leeds United. Bersama pasukan U12 Selangor menjuarai MSSM U12 selepas tewaskan Kedah 1-0 di Pasir Gudang.

Berpendidikan menengah di Victoria Institutions KL dari Tingkatan 1 hingga 5. Kini Akif dilihat berpotensi untuk mengembangkan lagi karier bola sepak beliau ke peringkat yang lebih tinggi disamping tidak melupakan kepentingan akademik untuk masa hadapan
Selamat Maju Jaya AKIF SHAHAR
Tak lama dah rasanya panggilan 🇲🇾

2019 – 2020 : Piala Belia UiTM
2021 : Piala Presiden PJ City
2022 : Piala Presiden UiTM
2022 : Sukma 2022 – Perlis
2023 : Kelantan U23
@sharqkedah @haswida
Shahar Saad