Keseriusan DSV dan Perjumpaan di Kuala Lumpur

Read Time:1 Minute, 35 Second

Oleh Tuan Ammar Zahar- Episod 1

Tahun lepas bulan Jun, saya diajak ke satu meeting oleh DSV di Kuala Lumpur. Dalam meeting tu, DSV lontarkan cadangan untuk mengajak saya membantu beliau dalam usaha memiliki Kelantan FC.

Saya pada mulanya skeptikal juga macam kebanyakan fans bolasepak yang lain. Namun, selepas tanya beliau banyak soalan berkaitan secara empat mata, saya nampak keseriusan DSV untuk menyelamatkan Kelantan FC selepas Zamsaham secara terbuka membuka tawaran di Astro Arena.

Maka sejak dari perjumpaan saya dan DSV itu, banyak juga lah siri perjumpaan kami sehingga ke 3-4 pagi tentang usaha ini.

Saya pula jenis jarang meeting lama-lama. Tetapi demi usaha ini, saya korbankan masa saya.

Bayangkan, kalau DSV tak serius mana mungkin banyak perjumpaan kami. Saya pun dah tentu tak layan kalau benda ni main-main.

Objektif utama setiap kali meeting sememangnya dengan perancangan-perancangan untuk mengembalikan zaman kegemilangan TRW.

Dan paling penting adalah bagaimana kita boleh melibatkan fans dalam halatuju pengurusan.

Saya masih simpan lagi semua slide-slide tersebut. Segala nota pun ada.Perancangan dari 1 bulan hingga ke 5 tahun siap saya sediakan.

DSV tau episod tajaan beliau dengan TRW sebelum ini tidak dibuat dengan baik jadi oleh sebab itu instead of menjadi penaja, beliau ingin terus menjadi pemilik kali ini.

Setelah perancangan dibuat, saya sendiri berkomunikasi dengan wakil Zamsaham untuk mengatur pertemuan.

Saya faham, mungkin Zamsaham ragu-ragu dengan hajat kami, jadi pihak Zamsaham mohon kami tulis surat rasmi untuk mengadakan perjumpaan.

Saya juga lah yang bertanggungjawab mengarang dan mengutus surat tersebut kepada Zamsaham.

Maka selepas itu, pihak Zamsaham bersetuju mengaturkan perjumpaan pada hari dimana TRW Kelantan FC bertemu dengan JDT.

Pada waktu tersebut lah saya terbang ke Kelantan dan kami bertiga bersua secara serius berbincang tentang usaha kearah pemilikan TRW FC.

InsyaAllah saya akan sambung episod seterusnya nanti yang berkaitan tentang perkara yang dibincangkan, bagaimana ia menemu jalan buntu, dan apa perkara sebenar yang membuatkan ianya terhenti.