“TRW Bukan Untuk Dijual?”
oleh Tuan Ammar Zahar – Episod 2
(WITHOUT PREJUDICE)
Saya pasti rata-rata fans menganggap DSV hanya mahu buat marketing la, gimik untuk naikkan nama la, dsb nya ketika mendengar berita DSV mahu memiliki Kelantan FC.
Tak pelik sebab pada awalnya saya pun rasa macam tu juga. Tapi macam saya pernah beritahu dalam episod sebelum ni, saya dah tanya betul-betul dan memang nampak ikhlas niat DSV oleh sebab tu saya ingin turut serta.
Jadi sambungan dari episod lepas, satu pertemuan telah berlaku antara saya, DSV, Zamsaham dan juga pembantu beliau pada mulanya.
Dalam pertemuan itu, kami serius menyatakan hajat untuk memiliki Kelantan FC. Soalan-soalan yang saya utarakan pada masa itu, sememangnya menjurus kearah itu.
Namun..
Ketika itu saya dapat rasakan pihak yang kami berurusan iaitu pemilik tidak benar-benar mahu melepaskan Kelantan FC.
“Ibarat saya ada sebuah kereta, orang ramai mahukannya. Saya tak rasa nak menjualnya. Saya ingin tahu berapa harga yang ditawarkan. Jika tak memuaskan, saya tak jual kereta ini. Saya boleh terus miliki kereta ini” – itulah perumpamaan yang diberikan kepada kami.
Ini patut diketahui oleh semua fans.
Saya sendiri secara peribadi terkejut dan tak sangka pula yang “it is not for sale” sedangkan kami dah berminggu merancang, menyediakan surat, dan menyatakan minat.
Ini semua bermula dari tawaran terbuka oleh beliau sendiri. Jika tiada tawaran, mana mungkin minat ini terzahir.
Kami tidak diberitahu tentang berapa mahar yang dipinta instead kami pula diminta membuka tawaran kami.
Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa tetapi saya mengorbankan masa saya sebelum ini kerana saya tahu ada ‘produk’ yang ingin dijual.
Dan bila ada benda yang nak dijual, sudah pasti penjual telah bersedia meletakkan harga.
Jadi, saya sedikit kecewa dengan hasil perbincangan tersebut kerana terbang dari jauh tetapi tiada ‘item’ yang ingin dijual kepada saya.
Selepas tamat discussion, saya mendapat gambaran yang jika ianya boleh dilepaskan, nilaiannya adalah sekitar XX, XXX, XXX dengan cadangan pelepasan pula tidak 100%.
Jadi disinilah membuatkan banyak perkara menjadi lebih ‘gelap’ dimana sepatutnya ia menjadi semakin cerah. Kerana ada plot twist yang berlaku.
Saya dan DSV terus sambung bermesyuarat demi mesyuarat untuk langkah seterusnya setelah berlaku perkara yang tidak kami sangka pada discussion itu.
Pada ketika itu, kami personally masih lagi mempunyai minat walaupun di social media pelbagai andaian dibuat fans TRW.
Namun.. Apa yang terjadi selepas itu merubah sedikit demi sedikit..
Saya akan sambung dalam episod seterusnya tentang kenapa ia bergerak menemui jalan buntu bagi saya setelah mengetahui ‘hidden stuffs’ yang terlibat..
P.S Gambar dibawah ini saya bersama bekas pemain TRW, Afzal di Stadium Kelantan yang saya jumpa semasa JDT vs TRW. Tak sangka bermula dari sini, kami berkawan pula.