Minat semakin Luntur

Read Time:2 Minute, 42 Second

Oleh Tuan Ammar Zahar- Episod 3

Setelah tamat meeting bertiga antara saya, DSV dan Zamsaham, kami ke stadium pula untuk menyaksikan perlawanan TRW vs JDT.

Saya ni jenis orang numbers. Jadi walaupun jasad saya berada di dalam stadium, kepala saya sedang giat mengira. Saya rekod video dan kira semua side fans dalam stadium. Saya buat perkiraan kasar.

Masa half time, walaupun saya dijemput makan di meja VIP, saya menolak dan saya keluar stadium untuk melihat persekitaran stadium pink itu. Saya sibuk mencongak potensi angka-angka yang terlibat dengan melihat footfall, retails, dll.

Ini semua penting bagi saya jika sebuah perniagaan ingin dijalankan dan penting untuk membuat penilaian nilai bidaan. Sebelum letak proof of fund, kita kena tau berapa nilai, adakah kita nak teruskan, dan berapa yang kita nak letak, etc etc.

Umum mengetahui yang TRW tiada aset fizikal, tiada apa nak dinilaikan melainkan potensinya yang bersandarkan pada nilai peminatnya.

Balik dari match tersebut, saya meeting lagi bersama DSV dan saya berkongsi kira-kira saya. Waktu ni, saya tahu minat DSV masih utuh tetapi saya, semakin luntur.

Mungkin kerana saya ni ‘number guys’. Saya jarang buat keputusan mengikut emosi. Anak saya beli pemadam RM 1 pun saya bising. Inikan pula jika saya perlu ‘keluarkan sesuatu’ untuk satu nilai yang besar.

Keesokan hari nya, saya berjumpa dengan seorang bekas staf TRW. Disitu ditakdirkan saya terjumpa pula dengan seorang bekas pemain import TRW.

Kami bertiga duduk semeja. Berborak panjang lebar juga. Mat saleh kata terms aktiviti saya ni ‘due diligence’.

Dari sessi ‘due diligence’ ini juga, banyak benda yang saya tak tau, jadi tau. Tak perlu saya bongkarkan disini tetapi jika kita google semua saman-saman terkait pemain import, jurulatih import, kemudian kita buat kira-kira, kita akan dapat numbers yang hampir sama dengan apa yang saya jumpa.

Ini maklumat public yang sudah terpapar di akhbar sekian lama.

Jadi nya, jika suatu pelaburan pengambilalihan dibuat, pemilik baru perlu menanggung angka-angka hutang yang ada.

Disini la saya rasa kerugian luarjangka Zamsaham ketika membeli TRW dari KAFA dimana selepas selesai memiliki TRW, Zamsaham terpaksa menanggung segala hutang lapuk TRW bernilai jutaan ringgit.

Jadinya jika DSV ingin memiliki TRW, inilah angka yang perlu digalas walaupun pemilik lama berjanji akan selesaikan segalanya.

Kelak kemudian, pendaftaran pemain tak akan dapat dibuat dengan lancar.

Selesai membuat kira-kira kasar, saya menyambung meeting (lagi) dan sampaikan kepada pihak DSV tentang hasrat saya untuk tidak meneruskan minat saya untuk misi DSV.

Walaupun saya sudah tawar hati, tetapi DSV sebenarnya ketika itu masih lagi mempunyai minat untuk memiliki TRW.

Cumanya..

Mungkin sebab DSV pernah cakap kalau saya tarik diri, dia pun berundur sama. Jadi mungkin atas sebab itu rancangan ini menuju ke jalan buntu.

Saya akan sambung lagi dalam episod FINALE tentang cerita usaha terakhir yang saya cuba buat untuk cuba menghidupkan semula misi ini selepas membuat perkiraan lain.

P.S Saya tau Bosszam baca perkongsian saya ni dan saya pun dah balas PM Bosszam tadi. Boleh tunggu episod FINALE untuk tau habis cerita sebenar sebelum nak mengandaikan apa-apa. Lepas saya habis berkongsi episod FINALE, saya juga dah tak berminat nak menulis pasal TRW. Jangan risau ya.

P.P.S Gambar dibawah adalah gambar orang rumah saya ambil ketika saya berbincey dengey ex TRW yang kini juga menjadi kawan saya.